Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pemancing hilang selepas dibaham buaya di KB
Published on: Sunday, September 24, 2023
Published on: Sun, Sep 24, 2023
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Pemancing hilang selepas dibaham buaya di KB
PASUKAN penyelamat menyambung operasi SAR pada Sabtu.
KOTA BELUD: Seorang lelaki hilang selepas dibaham buaya ketika memancing di Jeti Kampung Mantanani di sini, Jumaat lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun, berkata seorang saksi kejadian memberitahu dia melihat Yusri Dulpi, warga tempatan berumur 20 tahun, disambar buaya ketika sedang memancing pada jam 11.20 malam.

Advertisement
BBP Kota Belud menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.26 malam, katanya.

“Pasukan bomba kemudian menggerakkan operasi carilamat di kawasan jeti namun mangsa gagal ditemui, Operasi carilamat ditangguh dan disambung pada hari ini,” katanya pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, operasi carilamat itu yang turut dibantu Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Hidupan Liar Sabah, dimulakan pada jam 6.58 pagi, Sabtu.

Radius pencarian ialah satu kilometer menyusuri tebing sungai menggunakan bot namun sehingga laporan ini ditulis, mangsa belum ditemuikan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here