KOTA MARUDU: Kerajaan melalui Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) berusaha keras bagi memastikan lebih ramai khususnya wanita dan belia yang berdaya saing dalam bidang keusahawanan.
Bukan sahaja menumpukan kepada inisiatif melahirkan usahawan semata-mata, tetapi juga memberikan perhatian kepada usaha membentuk usahawan-usahawan yang memiliki daya tahan dan daya saing yang tinggi.
Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Redonah Bahanda berkata, kerajaan melalui PPS sememangnya telah banyak mewujudkan dan melaksanakan program, aktiviti-aktiviti yang bertujuan membantu usahawan untuk lebih berjaya dan berdaya saing.
Advertisement





