SIPITANG: Seorang lelaki Lahanirsin Lahamino, 33, dari Kg Lubok Darat yang dipercayai hilang sejak Ahad lalu ditemui semula pada Jumaat, kata Ketua Polis Sipitang Mail Sandungi.
Pasukan menyelamat yang terdiri daripada PDRM, Bomba dan Penyelamat Sipitang bersama anjing pengesan K9, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung memulakan pencarian di sekitar kawasan hutan Kg. Lubok Darat, di sini.
Mail berkata pihaknya menerima makluman mengenai orang hilang telah dijumpai di kawasan kebun milik seorang penduduk di Kg Sapok, kira-kira 4.20 petang.
“Pada Op SAR hari ketiga mangsa berjaya dijumpai keadaan letih dan lesu sebelum dibawa ke Hospital Sipitang untuk pemeriksaan kesihatan.
“Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannnya diserahkan kepada keluarganya selepas itu,” katanya.
Katanya, mangsa kali terakhir dilihat semasa berjalan di jalan utama Kg.Lubok Darat menuju ke kebun milik adiknya, kira-kira 150 meter dari jalan utama.