Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Advertisement
Advertisement
Sebagai pengarah, dia sudah menghasilkan, menulis dan mengarahkan beberapa filem pendek yang pernah menyertai festival filem nasional dan antarabangsa.
Sugar on the Weaver’s Chair (2019) merupakan filem cereka pertamanya dan memenangi pelbagai anugerah di Houston, Amerika Syarikat, Guam dan Bali. Ia ditayangkan di KKIFF pada tahun 2021.
Harvan berkata Imposter in the Last Dance adalah adaptasi kisah mengenai Aria, tarian tradisional dari Bali.
“Cerita dalam filem ini pernah dipersembahkan di atas pentas dan didedikasikan hanya untuk raja-raja.
“Kini ia sudah dibentuk menjadi satu keajaiban untuk dinikmati oleh masyarakat Bali.
“Filem ini mempunyai keunikan tersendiri dengan gabungan muzik daripada gamelan, nembang, atau pengucapan merdu, serta tarian yang telah wujud sejak ratusan tahun lalu.
“Gamelan, tarian dan perwatakan adalah tiga bahagian penting dan tidak dapat dipisahkan dalam filem itu, terutamanya semasa penggambaran.
“Hasilnya adalah sebuah filem megenai kisah di sebalik persembahan tarian dramatik Aria yang terus berkembang seiring peredaran zaman,” katanya.
Filem kedua yang akan ditayangkan pada petang ini ialah The Adventures of Prince Achmed.
Visual filem ini ternyata menambahkan lagi nilai jalan ceritanya yang mempesonakan.
The Adventures of Prince Achmed ialah sebuah kisah dongeng Jerman pada 1926.
Ia adalah filem animasi tertua dan menggunakan teknik animasi siluet yang dicipta oleh pengarah, Lotte Reiniger.
Terdapat persamaan dengan Wayang Kulit, walaupun Reiniger menganimasikan figuranya “frame by frame”. Ia mengambil masa lima tahun untuk menyiapkan filem ini.
Filem ini mengisahkan tentang seorang putera kacak yang menunggang kuda terbang ke sebuah negeri yang jauh dan memulakan pengembaraan ajaib, termasuk berkawan dengan ahli sihir, bertemu Aladdin, dan melawan syaitan demi memenangi hati seorang puteri.
Tayangan bermula pada pukul 8 malam, di City Cineplex, pusat beli-belah City Mall, di Kota Kinabalu. Tiket boleh dibeli secara atas talian di kkiff.com atau kaunter tiket pawagam.






