Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kanak-kanak 11 tahun maut ditetak di Felda Sahabat
Published on: Monday, September 25, 2023
Published on: Mon, Sep 25, 2023
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Kanak-kanak 11 tahun maut ditetak di Felda Sahabat
Rohan turut meminta kerjasama orang ramai khususnya di kawasan Felda Sahabat untuk menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah ASP Kharuddin Hussain di talian 013-9071709 bagi membantu mengesan suspek (gambar).
LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut ditetak rakan kepada bapa tirinya di rumah mereka di kuarters pekerja Felda Sahabat 30, di sini, Sabtu lepas.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa ditinggalkan di bawah pengawasan suspek ketika ibu bapanya keluar bekerja sebagai pekerja am di ladang itu.

Advertisement
Ketua Polis Daerah, ACP Dr Rohan Shah Ahmad berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu pergi ke lokasi untuk menyiasat.

“Polis menemui mayat kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berlumuran darah dengan kesan luka akibat terkena benda tajam dipercayai parang di belakang kepala, depan dan belakang leher manakala tangan kirinya putus.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat mengesan suspek, seorang lelaki warga Indonesia berusia 33 tahun dikenali sebagai Paulus Poka Lolo,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam Sabtu lepas.

Menurut Rohan, suspek turut bekerja sebagai pekerja am di ladang itu menghilangkan diri selepas kejadian itu.

Advertisement
Motif kejadian masih dalam siasatan.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

Advertisement
Rohan turut meminta kerjasama orang ramai khususnya di kawasan Felda Sahabat untuk menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah ASP Kharuddin Hussain di talian 013-9071709 bagi membantu mengesan suspek (gambar).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here