Sun, 3 May 2026
Headlines:
Advertisement
Jalan Batu 16 Gum-Gum rosak teruk
Published on: Monday, September 25, 2023
Published on: Mon, Sep 25, 2023
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Jalan Batu 16 Gum-Gum rosak teruk
Keadaan jalan raya di Batu 16.
SANDAKAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta mengambil tindakan segera untuk menangani kerosakan jalan raya di Jalan Labuk Batu 16, Kampung Gum-Gum.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata jalan raya di kawasan tersebut perlu dibaiki dan diselenggara dengan segera kerana ia merupakan laluan utama untuk ke daerah ini.

Advertisement
Katanya, beliau sudah sering kali mengutarakan kerosakan jalan raya di kawasan itu dan pernah membawa pihak JKR untuk melihat sendiri keadaan jalan raya tersebut.

“Selepas dibaiki, jalan raya di kawasan itu kembali rosak akibat dilalui kenderaan berat khususnya lori kerana tidak ada alternatif lain selain melalui jalan raya ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jangan tunggu keluhan pengguna jalan raya barulah kerja pembaikan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Keadaan jalan raya Batu 16 di Gum-Gum kini rosak teruk iaitu berlubang dan beralun – keadaan yang boleh mengundang kemalangan.
Advertisement
Dalam pada itu, Suhaimi yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah sekali lagi meminta agar persimpangan di Gum-Gum dipasang lampu isyarat untuk keselamatan pemandu khususnya penduduk kampung di Gum-Gum.

Katanya persimpangan masuk ke Kampung Gum-Gum di Jalan Raya Batu 16 itu merupakan laluan utama dan penduduk kampung terdedah kepada bahaya ketika keluar atau masuk dari simpang kampung ke laluan utama.

Advertisement
Beliau berkata sudah beberapa kali kemalangan berlaku di persimpangan jalan tersebut dan perlu ditangani sebelum berlaku kemalangan jalan raya yang lebih teruk.

Menurutnya pelancong juga melalui jalan raya ini jika mereka ke Kinabatangan dan kerosakan jalan raya itu boleh memberikan imej tidak baik pelancongan di Libaran, Kinabatangan dan Sandakan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here