Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah FC tersingkir daripada saingan Piala Malaysia 
Published on: Wednesday, September 27, 2023
Published on: Wed, Sep 27, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sabah FC tersingkir daripada saingan Piala Malaysia 
GABRIEL terlepas dua peluang menjaringkan gol.
Kota Kinabalu: Sabah FC tersingkir daripada saingan Piala Malaysia selepas tewas 0-1 kepada Perak FC pada perlawanan timbal balik suku akhir di Ipoh, malam Isnin lalu.

Kegagalan mereka menyempurnakan peluang untuk menjaringkan gol menjadi punca kekalahan mereka pada perlawanan itu.
Advertisement
Kedua-dua pasukan cuba melakukan yang terbaik untuk mencari jaringan sejak dari mula dan Sabah FC terlebih dahulu memiliki peluang terbaik untuk mendahului pada peringkat awal.

Ramon Machando menyaksikan rembatannya dari sudut sukar terkena jaring tepi pada minit ke-13 diikuti tandukan Gabriel Peres yang melepasi palang kurang dua minit kemudian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pasukan tuan rumah membalas dengan rembatan Seo Seonung pada minit ke-36 yang dinafikan palang tetapi mereka berjaya menyempurnakan peluang kedua mereka apabila Wan Zack Haikal menjaringkan gol penting pada penghujung separuh masa pertama.

Sabah meningkatkan asakan terutamanya pada penghujung separuh masa kedua untuk cuba mendapatkan gol penyamaan.

Advertisement
Rembatan Ramon terkena palang dan tandukan Darren Lok dari jarak dekat diselamatkan oleh penjaga gol Perak manakala sepakan gunting Gabriel tersasar pada masa kecederaan.

Dengan kemenangan itu, pasukan tuan rumah mara ke separuh akhir dengan agregat 3-2 dan seterusnya akan bertemu JDT FC.

Advertisement
Datuk Ong Kim Swee berkata ia adalah cerita lama yang sama dengan pasukan gagal menyempurnakan peluang menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

“Kami cuba untuk mara ke separuh akhir tetapi ia sama seperti di Likas. Kali ini kami gagal menjaringkan gol dan kami mensia-siakan banyak peluang.

“Tetapi pujian perlu diberikan kepada pasukan Perak yang bekerja keras dan berjaya memperoleh keputusan yang baik.

“Tahniah kepada mereka dan semoga berjaya untuk perlawanan menentang JDT,” katanya selepas perlawanan.

Beliau mengakui keletihan mungkin menjadi antara faktor kekalahan selepas beraksi dalam saingan Piala AFC kurang seminggu sebelum itu.

Keutamaannya kini adalah untuk mempersiapkan pemain bagi perlawanan kedua Piala AFC menentang PSM Makassar di tempat lawan di Indonesia pada 5 Oktober ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here