Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Menara telco beri manfaat 2,000 penduduk di Papar
Published on: Wednesday, September 27, 2023
Published on: Wed, Sep 27, 2023
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Menara telco beri manfaat 2,000 penduduk di Papar
Juil (tiga kanan) dan Dr Yusof (tiga kiri) memotong reben bersama Izani (kiri) dan Pegawai Daerah Papar Mohd Fuad Abdullah (dua kanan) bagi menandakan pembukaan Menara Telco di Kg Gana Ahad lepas.
PAPAR: Kira-kira 2,000 orang termasuk kanak-kanak bersekolah di Kg Gana, di sini, akhirnya dapat menikmati talian internet dan telekomunikasi (telco) yang lancar apabila sebuah menara telco, di bawah projek Rangkaian Digital Nasional (Jendela), beroperasi sepenuhnya bulan lepas di kampung itu.

ADUN Limbahau Datuk Juil Nuatim berkata ibu bapa di kampung itu amat berbesar hati dan amat berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan kemudahan sedemikian supaya anak-anak mereka dapat belajar dengan lebih baik menggunakan Internet dan memberi manfaat kepada guru-guru di SK Gana dalam mengajar murid-murid mereka dengan lebih berkesan dengan menara syarikat telekomunikasi sedia ada.  

Advertisement
Selain mereka, beliau berkata yang paling penting pemandu kenderaan termasuk dari Sarawak dan Brunei Darussalam yang melalui Kg Gana yang terletak di sepanjang lebuh raya Pan Borneo juga mendapat manfaat kemudahan ini kerana polis, ambulans atau bomba boleh dihubungi dengan mudah untuk membantu mereka apabila berlaku sebarang kecemasan. 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here