Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Banyak dicapai dalam dua tahun: Hajiji
Published on: Thursday, September 28, 2023
Published on: Thu, Sep 28, 2023
Text Size:
Text:
Banyak dicapai dalam dua tahun: Hajiji
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani buku khas Hari Malaysia sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa sambutan Hari Malaysia peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Sarawak di Stadium Perpaduan di Kuching, Sarawak.
KERAJAAN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mencapai banyak kejayaan dari segi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam tempoh dua tahun pertama penggalnya, khususnya dalam sektor minyak dan gas.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kerajaan Negeri akan memanfaatkan sepenuhnya persefahaman dan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan perjanjian yang membentuk Malaysia dapat dilaksanakan.

Advertisement
Beliau berkata Kerajaan GRS telah bekerja keras untuk mengukuhkan kestabilan politik dan perpaduan di Sabah.

“Beberapa kejayaan yang dicapai adalah melalui Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam sektor pembangunan ekonomi, di mana perdagangan Sabah tahun lepas mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah bernilai RM118.1 bilion berbanding RM87.2 bilion pada 2021.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Peningkatan sebanyak 35.4 peratus ini disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi positif sejak kebelakangan ini dan saya yakin nilai dagangan kita akan terus meningkat.

“Sabah juga berjaya menarik lebih RM33 bilion pelaburan dan memperoleh pendapatan RM7 bilion, pencapaian tertinggi sejak merdeka.

Advertisement
“Usaha ini akan giat dipertingkatkan lagi termasuk meningkatkan peluang pelaburan yang boleh memanfaatkan pelbagai sektor pembangunan di Sabah.

“Bagaimanapun, kita tidak akan berpuas hati kerana kita akan terus membawa pembangunan dan kemajuan termasuk cuba menyelesaikan isu dan masalah yang telah lama dihadapi rakyat di negeri ini,” katanya pada sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri 2023 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada 16 Sept. Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Advertisement
Setelah genap 60 tahun pembentukan Malaysia, Sabah telah mengalami pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai aspek.

Ketua Menteri berkata proses pembentukan Malaysia pada 1963 tidak berlaku sekelip mata, sebaliknya atas segala usaha dan keringat pemimpin ketika itu yang melalui pelbagai liku, rintangan dan cabaran.

Justeru, katanya, menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan keamanan, keharmonian dan kemakmuran yang kita kecapi sekarang.

Menurut Hajiji, perpaduan antara rakyat adalah kunci kejayaan negara.

“Sambutan Hari Malaysia 2023 bertemakan ‘Malaysia Madani, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ adalah aspirasi keazaman dan komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah negara yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi, bersatu padu serta aman dan makmur. 

“Perpaduan juga merupakan aset terpenting dalam mengukuhkan kedaulatan dan keselamatan negara yang mempunyai masyarakat majmuk,” katanya.

Selaras dengan konsep Malaysia Madani, Hajiji berkata ia adalah kunci utama untuk rakyat merasai semua bentuk kemajuan dan kemodenan berdasarkan kelestarian budaya, kreativiti, keyakinan, kesejahteraan, rasa hormat dan budi bahasa negara.

“Semoga Malaysia terus aman dan harmoni. Rakyat bersatu dan bertolak ansur antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, pengerusi penganjur sambutan peringkat negeri tahun ini, Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, berkata Malaysia akan terus berjaya dan berkembang selagi rakyatnya memelihara keamanan dan keharmonian yang terjalin dan dinikmati selama lebih enam dekad.

Beliau berkata perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan latar belakang agama itulah yang menyatukan negara.

“Kerajaan Perpaduan hari ini sedang berusaha untuk menggalakkan perpaduan dengan lebih baik tanpa mengira kaum, agama, budaya dan status sosioekonomi dan ini adalah agenda besar dan penting untuk sebuah negara yang stabil, aman, harmoni dan makmur,” katanya.

Beliau berkata nilai-nilai ini menjadikan sebuah negara itu kukuh, sekali gus menyeru semua untuk memperbaharui patriotisme dan perpaduan mereka, serta memupuk ikatan lebih baik dalam kalangan rakyat bagi memastikan negara lebih maju lagi.

Beliau menekankan pengorbanan pemimpin terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Fuad Stephens, Tun Datu Mustapha Datu Harun, Tun Abang Haji Openg Abang Sapiee, Tun Jugah Anak Barieng, Stephen Kalong Ningkan dan Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha, antara lain.

Beliau berkata nilai-nilai Malaysia Madani berdasarkan enam teras utama – kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan – adalah penting dalam mengukuhkan sesebuah negara.

“Nilai-nilai ini membantu kita mengharungi halangan yang mendatang ketika kita semua menghadapi globalisasi dan cabaran lain dalam kehidupan,” kata Liew, yang menyeru khususnya golongan belia untuk menghayati nilai-nilai ini dan mempelajari sejarah di sebalik pembentukan Malaysia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here