Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
589 bakul makanan diagih untuk 440 ketua isi rumah di Pagalungan
Published on: Friday, September 29, 2023
Published on: Fri, Sep 29, 2023
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
589 bakul makanan diagih untuk 440 ketua isi rumah di Pagalungan
GHANI (tiga dari kiri) bersama anggota PDRM, JBPM, APM, Rela dan jabatan lain semasa memuatkan bakul makanan ke dalam helikopter.
NABAWAN: Sejumlah 589 bakul makanan diagihkan kepada penduduk tujuh kampung di daerah kecil Pagalungan yang terkesan oleh tanah runtuh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, sebanyak 440 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan oleh bencana alam itu menerima bantuan tersebut.

Advertisement
“Daripada jumlah ini, 440 bakul disalurkan oleh kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) manakala 149 lagi disumbangkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Forces of Love Educare.

“Operasi penghantaran diselaraskan oleh Pejabat Daerah Nabawan dan JPKA dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta jabatan dan agensi berkaitan,” katanya katanya ketika ditemui di padang Balai Polis Nabawan yang menjadi pusat operasi penghantaran bantuan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, kampung yang termasuk termasuk Kg Salinatan (76 KIR), Kg Saliliran (23 KIR), Kg Kabu (12 KIR), Kg Pangaraan (31 KIR), Kg Pensiangan (131 KIR), Kg Sibanggali (79 KIR), Kg Sibanggali dan Kg Saliku dengan 85 KIR.

“Tanah runtuh menyebabkan jalan perhubungan darat tidak dapat dilalui kenderaan.

Advertisement
“Oleh itu, penghantaran dilakukan menggunakan tiga helikopter masing-masing dua milik PDRM dan satu lagi milik JBPM,” katanya.

Tambahnya, operasi itu membabitkan 10 pegawai dan anggota PDRM, JBPM (30), APM (24), Rela (lapan), JPKA (enam), KKM (empat) dan empat kakitangan dari PDN.

Advertisement
Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, bantuan tersebut diagihkan kepada KIR terlibat kerana mereka tidak boleh keluar ke pekan Nabawan untuk mendapatkan keperluan harian berikutan jalan runtuh dan tidak boleh dilalui kenderaan.

Beliau berkata, pihaknya bersama dengan Pejabat Daerah dan JPKA serta jabatan dan agensi berkaitan sentiasa memikirkan bantuan yang seterusnya jika jalan perhubungan ke kampung-kampung berkenaan belum boleh dilalui.

Menurut Ghani, jalan perhubungan darat berstatus jalan pembalakan yang sukar dilalui pada masa ini sedang diselanggarakan.

Bagaimanapun, katanya, kerja-kerja penyelanggaraan sering tergendala akibat cuaca tidak menentu.

Pada masa sama Ghani merakamkan penghargaan kepada PDRM dan JPBPM kerana membantu dan membenarkan aset masing-masing terutama helikopter untuk digunakan bagi menghantar bantuan itu.

Turut berada di pusat operasi bantuan itu, Pengarah JBPM Sabah Razak Muda, Ketua Polis Daerah Keningau, Supt Yampil Anak Garai, Pegawai Daerah Nabawan Peter Jiton, Pengawai JPKA Daerah Andy Fathmal Mohamad Ikhsan, ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here