Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
'Manfaatkan keindahan, kekayaan budaya Sabah untuk hasilkan karya bermutu tinggi'
Published on: Saturday, September 30, 2023
Published on: Sat, Sep 30, 2023
Text Size:
Text:
'Manfaatkan keindahan, kekayaan budaya Sabah untuk hasilkan karya bermutu tinggi'
Hajiji menyampaikan Anugerah Bakti Sastera Gapena 2023 kepada Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani.
KOTA KINABALU: Keindahan Sabah dan kepelbagaian seni budaya serta adat resam yang di Negeri ini perlu diterokai dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pejuang sastera  untuk menghasilkan karya yang bermutu tinggi.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ini seiring dengan komitmen kerajaan negeri yang sentiasa menyokong usaha dan aktiviti untuk mengangkat seni budaya serta adat tradisi masyarakat tempatan di Negeri ini.

Advertisement
“Sabah sangat luas dan kaya dengan budaya serta adat resam. Negeri ini saja mempunyai 35 etnik dan 217 sub-etnik yang bertutur dalam  lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik.

“Keindahan khazanah alam di Negeri ini dengan bentuk muka buminya yang bergunungganang, pantainya yang luas dan pulau-pulaunya yang indah memukau, sepatutnya pejuang sastera dan budayawan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan itu untuk menghasilkan karya yang indah dan bermutu tinggi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Justeru, pemilihan Kota Kinabalu sebagai tuan rumah Hari Sastera Ke-19 ini, amatlah dialu-alukan. Semoga majlis ini dapat mengangkat seni dan sastera, bahasa dan budaya orang Sabah  ke peringkat nasional dan global,” katanya ketika melancarkan Hari Sastera Ke-19 di Hotel Promenade di sini, pada Jumaat.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here