Kota Kinabalu: Datuk Peter Anthony mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) Tenom untuk satu penggal lagi (2023 - 2025).
Beliau meraih kepercayaan ahli jawatankuasa secara sebulat suara pada mesyuarat agung tahunan merangkap pemilihan yang berlangsung baru-baru ini.
Peter mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang menyokongnya dan berikrar untuk meneruskan tanggungjawabnya untuk memajukan lagi bola sepak di Tenom.
“Kita telah mengadakan begitu banyak program termasuk kejohanan yang mendapat sambutan baik sama ada bola sepak lelaki mahupun wanita.
“Selain itu, kita meraih kejayaan apabila pasukan lelaki dan wanita menjuarai zon pedalaman Saga (Sukan Sabah).
“Kita akan terus mengadakan pelbagai program bola sepak pada masa hadapan termasuk dua kejohanan besar iaitu Piala Krismas pada penghujung November dan Liga Presiden Safa Tenom yang akan berlangsung Januari depan,” katanya.
Sementara itu, jawatan timbalan presiden disandang Mas Syazwan Masood dengan Gabriel George Tulas dan Henry Saimpon sebagai dua naib presiden.
Setiausaha ialah Laivenston Laijih dan Jallfenday Ombow Suyan sebagai setiausaha kerja, manakala jawatan bendahari disandang Jamion Susa.
Ahli jawatankuasa ialah Jack Jatil Junggok, Donneysius Ansuku, Nixboy Piunin, Afrinus Bin Arun, Martin Sighs, James Bin Jonas Bating dan Denise Justin.
Ahli jawatankuasa kecil ialah Zainudin Jalani, Maat Majani @ Majid, Johnny Basuti, Liau Vui Lun, Chew Cheong Sing, Zamzam Kasim dan Matthew Piri.