Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sebanyak 332 PPS disediakan hadapi banjir di Sabah
Published on: Sunday, October 01, 2023
Published on: Sun, Oct 01, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sebanyak 332 PPS disediakan hadapi banjir di Sabah
Gambar sekadar ilustrasi
PAPAR: Sebanyak 332 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dikenal pasti di seluruh Sabah bagi menghadapi bencana terutama banjir dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata kesemua PPS itu mampu menempatkan seramai 129,096 orang dan tindakan proaktif lain juga sedang dibuat bagi memastikan semua pihak bersedia menghadapi bencana tersebut.

Advertisement
Beliau berkata pihaknya mendapat maklum balas positif daripada kerajaan Sabah dalam menghadapi MTL tahun ini dan berdasarkan MTL tahun lepas, sebanyak 15 daerah di Sabah dilanda banjir dengan pembukaan 103 PPS melibatkan 17,565 mangsa.

“Jadi 15 daerah di Sabah ini yang berhadapan risiko banjir, kawasan titik panas, saya harap kawasan dan daerah ini memastikan kesiapsiagaan termasuk PPS, pihak berkuasa tempatan juga diharap periksa longkang dan saliran supaya tidak tersumbat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya juga menyeru semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memastikan persiapan dan koordinasi peringkat daerah dilaksanakan serta-merta untuk menyelaras agensi juga NGO (badan bukan kerajaan),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jaringan Komuniti Madani (Jakma) di sini hari ini.

Pada 14 Sept lepas, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Helmi Abdullah dilaporkan berkata Fasa Peralihan Monsun bermula pada 19 Sept dan berterusan hingga November.

Advertisement
Dalam perkembangan lain, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan banjir yang berlaku di daerah Beaufort sejak 22 Sept lepas telah pulih sepenuhnya dan 134 penduduk yang ditempatkan di PPS Dewan Selagon telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here