RANAU: Kontinjen Badan Dakwah gabungan Ranau dan Tambunan mencatat sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai juara kategori kontinjen terbesar (1,100 peserta) pada Perhimpunan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 1445H/2023M, pada Khamis.
Mereka mengetepikan 116 kontinjen lain pada acara itu diadaka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu.
Dengan kemenangan tersebut, kontinjen yang diketuai oleh Pengerusi Badan Dakwah Ranau yang juga Pegawai Daerah Jumain Abd Ghani, menerima hadiah wang tunai RM2,000, trofi dan sijil.
Advertisement





