Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Advertisement
Advertisement
Ily Lia Affiqah
Menurutnya lagi, operasi pejabat Astro Radio Sarawak juga akan dihentikan berkuat kuasa Sabtu. Ditanya adakah penutupan operasi itu disebabkan penurunan jumlah pendengar, Ily menjawab: “Berdasarkan tiga survey (kajian) terbaru, jumlah pendengar untuk saluran Astro Radio Sabah sebenarnya merekodkan trend menaik. “Bayangkan Era Sabah, daripada hanya 30,000 pendengar, hari ini, kami berjaya menaikkan sehingga hampir 130,000 pendengar. “Kami perlu tripple the effort (menggandakan usaha) untuk mencapainya dan ini memakan masa panjang. “Tetapi mungkin jumlah ini belum cukup untuk Astro Radio Sabah sustain (mengekalkan) operasinya di Sabah.” Walaupun sedih, Ily berkata dia akur dengan apa yang sudah ditentukan oleh ibu pejabat. “Tanpa disedari sudah 13 tahun saya bersama Astro Radio dan sudah tiba masanya untuk saya mencuba hala tuju baharu. “Saya bermula sebagai penyampai Era Sabah pada usia 19 tahun, hari ini terpaksa meninggalkan stesen ini dengan perasaan yang bercampur baur. “Inilah pekerjaan pertama saya dan boleh dikatakan saya membesar bersama Astro Radio. Banyak yang saya pelajari bersama stesen radio ini dan ia juga banyak membantu membuka jalan untuk saya dari segi karier dalam bidang hiburan di Sabah. “Bagaimanapun, setiap pertemuan itu akan ada perpisahan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan saya di Astro Radio Sabah. Mereka semua sudah seperti keluarga bagi saya,” katanya. Untuk rekod, Ily merupakan penyampai Era Sabah yang pertama bersama Beebey sejak Astro Radio melebarkan sayapnya ke negeri ini pada 1 Oktober 2010 di bawah jenama Radio Bayu.





