Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dua, tiga tahun selesai isu air, elektrik di Sabah: Hajiji
Published on: Monday, October 02, 2023
Published on: Mon, Oct 02, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Dua, tiga tahun selesai isu air, elektrik di Sabah: Hajiji
Hajiji berkata kerajaan negeri juga sudah mula membina loji bagi meningkatkan bekalan air daripada 40 JLH kepada 80 JLH di Kogopon, Papar dengan kos RM380 juta dan dijadual siap pada 2026.
Tuaran: Kerajaan Sabah akan memastikan gangguan bekalan air dan elektrik yang dialami rakyat negeri itu pada masa ini dapat diselesaikan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata beberapa langkah sudah diambil dan dilaksanakan untuk menambah kapasiti bekalan kedua-dua kemudahan itu selaras komitmen kerajaan negeri dalam mensejahterakan kehidupan rakyat.

Advertisement
"Jika diurus dengan baik, insya-Allah kita boleh atasi kedua-dua isu ini yang menjadi kegusaran rakyat pada masa ini.

"Kita adalah kerajaan bertanggungjawab, kerana itu kita buat perancangan rapi dan tentukan projek pembangunan rakyat berjalan mengikut jadual dan dilaksanakan dengan baik," katanya berucap pada Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sulaman 2023 di sini pada Ahad. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sehubungan itu katanya Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II di Tamparuli, dekat sini yang dijangka dapat beroperasi awal tahun depan akan menambah kapasiti bekalan 80 juta liter sehari (JLH) bagi menampung keperluan di kawasan utara Kota Kinabalu dan daerah ini.

Hajiji berkata kerajaan negeri juga sudah mula membina loji bagi meningkatkan bekalan air daripada 40 JLH kepada 80 JLH di Kogopon, Papar dengan kos RM380 juta dan dijadual siap pada 2026.

Advertisement
“Menerusi usaha kerajaan negeri, ditambah dengan peruntukan RM320 juta daripada kerajaan Persekutuan baru-baru ini untuk penyelesaian jangka pendek masalah air di Sabah, masalah bekalan air di negeri ini dapat ditangani dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata bagi mengatasi masalah bekalan elektrik, antara usaha yang diambil ialah menerusi pembinaan loji jana kuasa hidroelektrik dan empangan di Ulu Padas, Tenom dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melancarkan pelaksanaan pembinaan loji itu dalam masa terdekat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here