Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pengurusan jawatankuasa bencana daerah disaran bersiap siaga
Published on: Monday, October 02, 2023
Published on: Mon, Oct 02, 2023
Text Size:
Text:
Pengurusan jawatankuasa bencana daerah disaran bersiap siaga
Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat melaksanakan koordinasi termasuk semakan ke atas longkang dan parit yang tersumbat di taman-taman perumahan serta kampung-kampung bagi mengelakkan bencana yang lebih besar.
PAPAR: Papar: Berikutan peralihan monsun di negara ini, pengurusan jawatankuasa bencana daerah disaran untuk memastikan persiapan dan koordinasi dilaksanakan dengan serta merta. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata penyelarasan kerjasama semua agensi yang terlibat amat penting bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan daerah untuk menghadapi banjir.

Advertisement
“METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan bahawa 19 September bermulanya fasa peralihan monsun yang bermaksud monsun barat daya telah berakhir. 

“Sekarang adalah fasa peralihan sehingga dijangka bulan November akan bermulanya monsun timur laut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Namun, dalam fasa peralihan ini pun kita melihat berlakunya insiden banjir dengan kadar hujan yang lebat di beberapa kawasan.

“Di Sabah, dari 19 hingga 30 September ada satu kawasan iaitu Daerah Beaufort telah dilanda banjir yang melibatkan 231 mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Advertisement
 “Jadi, melihat kepada hujan yang berterusan saya menyeru kepada pengurusan jawatankuasa bencana daerah yang dipengerusikan oleh para  pegawai daerah untuk memastikan persiapan dan koordinasi di peringkat daerah bermula serta merta.

“Yang paling penting, jawatankuasa ini perlu segera untuk kita menyelaraskan sinergi kerjasama semua agensi yang terlibat termasuk sekiranya NGO di sesuatu daerah yang ingin telibat sama dalam persiapan meningkatkan kesiapsiagaan daerah menghadapi banjir,” katanya selepas merasmikan Program Jaringan Komuniti Madani (Jakma) anjuran bersama UiTM Cawangan Sabah dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di SMK Pengalat dekat sini, pada Ahad.

Advertisement
Armizan memuji tindakan proaktif yang diambil oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengenal pasti 15 titik panas banjir.

“Pengurusan Jawatankuasa Bencana Negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri telah membuat persiapan untuk MTL2023-2024 dengan mengenal pasti dan menyediakan 332 PPS.

 “PPS ini disediakan untuk menghadpi risiko banjir yang boleh menempatkan 129,096 orang,  jadi itu persiapan negeri yang merupakan tindakan proaktif dengan mengenal pasti lebih awal. 

 “Pengalaman kita pada monsun timur laut 2022, 15 daerah di Sabah dilanda banjir melibatkan pembukaan 103 PPS dengan jumlah 17,565 mangsa daripada 5,650 keluarga. 

“Ini bermaksud terdapat sekurang-kurangnya 15 daerah di Sabah ini berhadapan dengan risiko banjir kawasan daerah hotspot dan saya berharap 15 daerah terbabit memastikan kesiapsiagaan itu termasuk PPS yang diperlukan,” ujarnya.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat melaksanakan koordinasi termasuk semakan ke atas longkang dan parit yang tersumbat di taman-taman perumahan serta kampung-kampung bagi mengelakkan bencana yang lebih besar.

“Negeri sebaik sahaja membuat pengesahan boleh menyalurkan peruntukan tersebut tanpa menunggu peruntukan daripada kerajaan pusat dan sekiranya ada kekurangan kita akan tambah. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here