Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Negara perlu penyelesaian komprehensif: Warisan. Isu kenaikan harga barang dan keselamatan makanan
Published on: Monday, October 02, 2023
Published on: Mon, Oct 02, 2023
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Negara perlu penyelesaian  komprehensif: Warisan. Isu kenaikan harga barang dan keselamatan makanan
MOHD Shafie dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu.
Kota Kinabalu: Keresahan masyarakat mengenai isu kenaikan harga barang dan juga keselamatan makanan menjadi kebimbangan Parti Warisan (Warisan) ketika ini.

Sehubungan itu, Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap kerajaan mempunyai penyelesaian yang komprehensif mengenai isu tersebut pada sesi pembentangan belanjawan pada 13 Oktober depan.

Advertisement
“Seperti saya nyatakan, berkenaan keselamatan makanan ini bukan hanya tentang harga tetapi juga bekalan produk makanan seperti beras, daging, bawang dan sebagainya yang diimport dari negara luar.

“Kerajaan harus mempunyai perancangan yang komprehensif. Perkara ini sudah lama ada tetapi malangnya ia tidak dapat dilaksanakan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Contohnya di Kota Belud berapa ratus juta ringgit telah diberikan tetapi kesudahannya tidak ada mengenai tanaman padi, spesies padi, jelapang padi, bagaimana padi boleh ditanam tiga kali setahun dan sehingga kini tidak dapat direalisasikan,” katanya.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi di Ibu Pejabat Warisan di Kolombong pada Sabtu. 

Advertisement
Mengulas lanjut, ketika pemerintahan Warisan sebelum ini pihaknya telahpun mengenal pasti tanah yang sesuai untuk dijadikan tanaman padi sama ada padi sawah atau padi bukit. 

“Saya masih ingat semasa Warisan jadi kerajaan kita kenal pasti 10,000 ekar (4,046 hektar) di Terusan Sapi (Beluran) tanah yang boleh dan sesuai untuk tanaman padi.

Advertisement
“Di samping itu kita juga mengalakkan tanaman padi bukit dan kita sediakan RM5 juta untuk menggalakkan (petani) kawasan di Keningau, Long Pasia (Sipitang) yang sesuai untuk penanaman padi bukit. 

“Jadi apabila kita boleh bekalkan padi, kita boleh kawal harga beras,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa perlunya penyelesaian komprehensif walaupun keadaan kewangan negara terbatas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here