Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penganggur nafi cabul remaja
Published on: Wednesday, October 04, 2023
Published on: Wed, Oct 04, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Penganggur nafi cabul remaja
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang penganggur didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan.

Azmey Lamsain mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, kepada pertuduhan terhadapnya pada Selasa.

Advertisement
Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap remaja berusia 13 tahun itu dengan meraba payudaranya untuk tujuan seksual.

Kejadian didakwa berlaku pada 9.30 malam 8 Jun 2019 di sebuah rumah di Kota Belud.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 Nov tahun ini untuk sebutan dan melepaskan Azmey dengan ikat jamin RM15,000 dan dua penjamin tempatan.

Advertisement
Tertuduh juga diperintah melaporkan diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan dan pasportnya, jika ada, disimpan oleh mahkamah sehingga kesnya selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan manakala Azmey tidak diwakili.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here