Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Pembangunan luar bandar penting capai status negara maju: KKDW
Published on: Thursday, October 05, 2023
Published on: Thu, Oct 05, 2023
By: Jozie John
Text Size:
Text:
Pembangunan luar bandar penting capai status negara maju: KKDW
Antara yang menghadiri program itu.
SOOK: Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited untuk meningkatkan taraf hidup dan pendapatan masyarakat luar bandar.

Setiausaha Bahagian Komuniti Luar Bandar, Che Mohd Zulkifli Ismail berkata pembangunan luar bandar merupakan agenda penting dalam memastikan Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, tanpa meminggirkan rakyat luar bandar.

Advertisement
Pelbagai program telah dilaksanakan dari segi infrastruktur, ekonomi, dan pembangunan modal insan bagi memastikan rakyat luar bandar dapat menikmati faedah pembangunan negara bersama masyarakat bandar.

“Salah satu inisiatif KKDW ke arah pembangunan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar adalah melalui pelaksanaan Program Pemerkasaan Belia, Wanita dan Ekonomi Luar Bandar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Program ini adalah bimbingan berterusan antara agensi KKDW dan Juara Tempatan (LC) untuk kampung. Melalui program ini, pembangunan ekonomi dapat dijana dengan lebih berkesan, mantap, dan berterusan,” katanya sempena dengan Program Pemerkasaan Belia, Wanita dan Ekonomi Luar Bandar Peringkat Negeri 2023 di dewan serbaguna Tuawon, di sini.

Program pemerkasaan itu dianjurkan KKDW dan Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB).

Advertisement
Tambahnya, program itu bertujuan memberi inspirasi dan peluang kepada masyarakat luar bandar untuk menerima maklumat dan perkhidmatan berkesan daripada agensi berkaitan secara langsung.

 “Program ini juga membolehkan kami berkongsi idea dan amalan terbaik dalam melaksanakan kerjasama yang mampan dan berimpak tinggi dengan kerajaan, swasta dan masyarakat luar bandar,” katanya sambil menambah kerjasama padu daripada semua pihak diperlukan termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK), jabatan atau agensi kerajaan serta swasta dan masyarakat luar bandar.

Advertisement
KKDW merupakan sebuah kementerian yang menerajui pembangunan luar bandar dengan mewujudkan masyarakat luar bandar yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan.

“KKDW telah pun melancarkan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB 2030) yang menyasarkan pembangunan luar bandar secara holistik menjelang 2030.

Salah satu strategi yang digariskan dalam dasar itu ialah memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan swasta dengan masyarakat bagi membangunkan kawasan luar bandar.

“Simbiosis antara sektor awam dan swasta merupakan formula penting dalam memajukan sosioekonomi masyarakat di negara maju yang bukan sahaja menampilkan syarikat besar dan berpengaruh malah turut melibatkan syarikat bersaiz sederhana dan tempatan.

“Entiti perniagaan semakin sedar akan kepentingan bekerjasama secara strategik dengan kerajaan untuk memacu pembangunan inklusif dan sistematik,” katanya.

Hadir sama, Pemangku Pengurus Kanan Bahagian Perancangan dan Pembangunan Masyarakat SLDB, Sabidin Sharif Along; Penolong Pengurus Bahagian Perancangan dan Pembangunan Masyarakat SLDB, Ridwanshah Bandu; Pegawai Daerah Sook Caroline Benjamin Jiungan; dan Pegawai Tadbir Daerah Sook Fellintia Sungkang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here