DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan terus memantau lampu awam antara bulatan di Karamunsing dan Luyang untuk memastikan jalan di kawasan ini diterangi sewajarnya pada waktu malam.
Jurucakap Jabatan Kejuruteraan agensi itu berkata, kontraktor elektrikalnya telah diminta untuk membuat pemeriksaan berkala terhadap lampu-lampu jalan di sepanjang jarak 1.1 kilometer, dari bulatan di jejambat Bukit Nenas ke simpang menuju ke Kolej Gaya.
Katanya, jalan-jalan yang terletak antara jejambat dan kolej itu termasuk, Jalan Bertingkat Bukit Nenas, sebahagian Jalan Kolam berhampiran Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dan sebahagian Jalan Kebajikan.
Sebahagian kabelnya didapati terbakar
Jejambat itu sudah dua kali diselubungi kegelapan sejak beberapa minggu lalu, menurutnya.
“Sambungan dawai neutral yang longgar menyebabkan ‘talian transmisi terpelantik’ dalam kejadian terkini,” katanya.
“Sebelum ini, kabel bagi salah satu kemudahan ini terpaksa diganti kerana didapati sudah terbakar.”
Jurucakap itu berkata, dalam kedua-dua kes, kontraktor menjalankan ujian pada siang hari untuk memeriksa sama ada lampu menyala seperti yang sepatutnya.
“Dia kemudiannya kembali pada waktu malam untuk memeriksa sama ada jalan terbabit diterangi secukupnya.”
Individu itu memantau “tempat-tempat bermasalah” selama beberapa hari selepas itu, menurutnya.
“Lampu di jejambat dan lampu di jalan utama di sebelah Kompleks Mahkamah tidak rosak dalam mana-mana tempoh ini.
“Namun begitu, kami menggesa kontraktor untuk meningkatkan pengawasan waktu malam di kawasan ini demi manfaat ratusan pemandu yang melalui jalan ini setiap hari.”
JURUTEKNIK kontraktor mengetatkan sambungan neutral yang longgar di jejambat Bukit Nanas.
CHERI dari Karamunsing menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai kekurangan pencahayaan di jejambat menghala ke Taman Layang-Layang, serta jalan antara stesen minyak Shell – di tepi Jalan Kolam – dan bulatan berhampiran kolej itu.
“Banyak lampu di bahu jalan di sini tidak bercahaya pada waktu malam,” katanya.
Dia mendakwa kemudahan ini seolah-olah berfungsi sekejap-sekejap saja.
“Bulan lepas, ia tidak berfungsi beberapa minggu. Masalah itu dilaporkan kepada DBKK dan tidak lama selepas ini, lampu berfungsi.
“Beberapa hari kemudian, ia tidak rosak lagi.”
Cheri berkata ini bukan kali pertama ia berlaku.
LAMPU-LAMPU di sini berfungsi sekejap-sekejap.
“Lampu-lampu itu berfungsi berselang-seli selama berbulan-bulan. Saya tidak faham kenapa ia selalu rosak.”
Jurucakap itu berkata pemeriksaan dibuat ke atas jalan terjejas, tidak lama selepas mengetahui tentang rungutan Cheri.
“Insiden ‘pemutus litar mini’ (MCB) terpelantik adalah punca lampu-lampu di Jalan Kebajikan tidak berfungsi,” katanya.
“Mekanisme dalam panel kawalan untuk kemudahan ini ditetapkan semula, selepas masalah itu ditangani sewajarnya.”
Sementara itu, Majlis Daerah Papar sedang dalam proses mengesahkan dakwaan seorang pemilik rumah mengenai lampu jalan yang tidak berfungsi di sepanjang jalan akses ke sebuah kejiranan di Kinarut.
STAF kontraktor menangani isu MCB yang menyebabkan lampu di Jalan Kebajikan tidak berfungsi.
Jurucakap pihak berkuasa itu berkata, ia perlu menentukan sama ada kemudahan ini telah diserahkan kepada Majlis.
“Sekiranya benar, kakitangan kami akan dihantar untuk memeriksa keadaan lampu-lampu itu,” katanya.
“Kami perlu memastikan punca gangguan, sebelum membuat pembaikan diperlukan.”
MUSTAFA dari Papar berkata lampu-lampu jalan telah dipasang di tepi jalan berhampiran kawasan perumahannya beberapa tahun lalu.
“Selepas pertama kali dipasang, ia diuji seketika untuk melihat sama ada ia berfungsi,” katanya.
Katanya, kemudahan ini tidak berfungsi sejak itu.
UJIAN siang hari dilakukan untuk lampu-lampu di jalan itu.
“Lampunya seakan-akan hiasan yang hilang daya tarikannya. Banyak lampu-lampu ini tidak lagi sedap dipandang.
“Logam di sekeliling lekapan lampu telah hilang kilauannya dan bertukar warna menjadi coklat.”
Mustafa berkata kekurangan pencahayaan menyukarkan pemandu untuk mengetahui sama ada terdapat kenderaan yang datang ke selekoh pada waktu malam, apatah lagi ketika mereka yang berjalan kaki sedang melintas jalan.
“Ini terutamanya apabila hujan lebat.”