TAWAU: Sepasang suami isteri warga Indonesia muda ditahan bersama 4.09kg syabu dianggarkan bernilai RM240,000 yang disembunyikan pada Rabu lepas di sini.
Polis berkata pasangan tanpa dokumen pengenalan diri itu ditangkap sepasukan polis yang melakukan tugasan rutin di kawasan jeti CIQ lama kerana tindak-tanduk mencurigakan.
Kedua-dua suspek bekerja di Kg Paris, Lahad Datu, dalam sektor perladangan dan mereka dipercayai hendak keluar meninggalkan Tawau untuk pulang ke Indonesia secara haram melalui jeti awam di sini.