Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Subsidi tiket kapal terbang kini diperluas kepada pelajar kemahiran, IPG
Published on: Friday, October 06, 2023
Published on: Fri, Oct 06, 2023
By: FMT
Text Size:
Text:
Subsidi tiket kapal terbang kini diperluas kepada pelajar kemahiran, IPG
Subsidi pembelian tiket penerbangan kepada pelajar itu boleh ditebus daripada Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline.
PETALING JAYA: Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan yang sebelum ini dilaksanakan untuk pelajar universiti awam, kini diperluaskan kepada pelajar politeknik serta kolej komuniti bermula hari ini.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan berkata selain pelajar kemahiran di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), bantuan subsidi itu juga boleh dinikmati pelajar matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Advertisement
Menurut MoT, mereka yang mendaftar dengan politeknik, kolej komuniti, matrikulasi dan institut pendidikan guru sehingga sesi akademik 2022/2023 serta belum menamatkan pengajian selepas sesi akademik berkenaan layak mendapat manfaat itu.

“Mereka boleh menyemak kelayakan di laman sesawang MOT di (https://subsidiudara.mot.gov.my/),” menurut kenyataan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada KPT atau KPM melalui institusi pendidikan masing-masing.”

MoT berkata selepas menerima permohonan terbabit, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai ‘credit shell’ untuk membeli tiket penerbangan.

Advertisement
“Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam ‘credit shell’ dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya,” katanya.

MoT berkata subsidi pembelian tiket penerbangan itu boleh ditebus daripada sebarang syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline.

Advertisement
“Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Dis ini.

“Bagaimanapun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here