Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan tekad perhebatkan pembangunan negeri Sabah: Hajiji
Published on: Saturday, October 07, 2023
Published on: Sat, Oct 07, 2023
Text Size:
Text:
Kerajaan tekad perhebatkan pembangunan negeri Sabah: Hajiji
Ketua menteri berkata dalam tempoh baharu tiga tahun menerajui negeri ini, agenda pembangunan negeri khususnya Hala Tuju Sabah Maju Jaya kini berada di landasan yang betul dan mula menampakkan hasil positif.. (Sebenarnya.my pic)
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri bertekad memperhebatkan lagi pembangunan negeri Sabah disamping menambah baik kualiti hidup rakyat menerusi pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif yang meliputi pelbagai sektor pembangunan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. 

Seiring dengan komitmen itu, katanya Kerajaan negeri akan menubuhkan dua lagi taman perindustrian baharu iaitu di Kimanis bagi minyak dan gas dan taman perindustrian biasa di kawasan antara Kota Marudu dan Kota Belud.

Advertisement
Beliau berkata, penubuhan taman perindustrian baharu itu dilakukan susulan dua taman perindustrian sedia ada iaitu Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip) dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) telah hampir penuh. 

“Usaha ini juga sejajar dengan pendekatan mesra pelabur yang diamalkan kerajaan untuk merancakkan lagi pertumbuhan industri di negeri ini”, katanya dalam ucapan semasa Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang serta Pingat-Pingat Negeri Sabah Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-70 Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri pada Sabtu, menurut kenyataan media.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji berkata dalam tempoh baharu tiga tahun menerajui negeri ini, agenda pembangunan negeri khususnya Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan mula menampakkan hasil positif. 

Menurutnya, kejayaan turut dicapai dalam pelbagai sektor yang diberi keutamaan menerusi SMJ seperti perindustrian, pertanian dan pelancongan termasuk pembangunan modal insan bagi memastikan anak-anak tidak tercicir dalam aspek pendidikan dan peluang pekerjaan. 

Advertisement
Katanya, menurut laporan Statistik Perdagangan Luar Negeri Sabah, negeri ini telah mencatatkan jumlah perdagangan sebanyak RM118.1 billion pada tahun 2022, yang merangkumi eksport sebanyak RM77.2 billion dan import RM40.9 billion, dengan lebihan dagangan sebanyak RM36.2 billion.

“Dari segi eksport ia membabitkan produk perdagangan utama antaranya petroleum mentah, minyak kelapa Sawit dan gas asli cecair manakala import kita ialah jentera dan kelengkapan pengangkutan, makanan serta barangan keluaran kilang”.

Advertisement
“Walaupun pencapaian ini amat memberangsangkan, namun banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk tahun-tahun mendatang, khususnya membabitkan tiga teras utama Hala Tuju Sabah Maju Jaya iaitu sektor perindustrian, pertanian dan pelancongan”, tambahnya. 

Hajiji berkata dalam aspek pelancongan, jumlah ketibaan pelancong ke Sabah semakin meningkat iaitu seramai 1.4 juta pengunjung dalam tempoh Januari hingga Julai 2023, dengan pelancong tempatan seramai 999,129 dan antarabangsa 424,052 orang. 

Menurutnya, perkembangan itu jelas bahawa sektor pelancongan di Sabah terus menunjukkan pertumbuhan kukuh untuk tahun ini dan masa-masa akan datang. 

“Sesungguhnya, kerajaan negeri adalah kerajaan yang bertanggungjawab, bukan saja memikirkan dan merancang, malah lebih penting ialah melaksanakan agenda pembangunan. Kerajaan negeri komited dan akan berusaha untuk menyelesaikan masalah-masalah legasi yang kita warisi seperti bekalan air dan eletrik demi kesejahteraan rakyat”, tegasnya. 

Sementara itu, Hajiji dan isteri Datin Seri Juliah Salag menghadiri Istidat Perbarisan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-70 Yang Di-Pertua Negeri di Padang Merdeka. 

Istiadat perbarisan itu disertai oleh jabatan kerajaan tidak berpakaian seragam rasmi, agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan, persatuan etnik Sabah, IPTA, IPTS, sekolah menengah dan sekolah rendah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here