Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Henti perbalahan politik, tumpu bangunkan Sabah: Hajiji
Published on: Monday, October 09, 2023
Published on: Mon, Oct 09, 2023
Text Size:
Text:
Henti perbalahan politik, tumpu bangunkan Sabah: Hajiji
Hajiji (tengah) bersama Alijus (empat kanan) dan jawatankuasa induk Gagasan Rakyat Tamparuli bersama pemimpin dan ahlinya dalam AGM yang diadakan di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli pada Ahad.
TAMPARULI: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor menggesa semua pihak menghentikan perbalahan politik dan sebaliknya menumpukan usaha membangunkan negeri.

“Tanpa terlalu bermain politik, kita boleh beri sepenuh perhatian untuk membangunkan Sabah. Kita mesti pastikan semua aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya berjaya dilaksanakan.

Advertisement
“Kerajaan Negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menetapkan hala tuju untuk membangunkan Sabah. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran seperti pandemik Covid-19 dan ketidaktentuan politik di peringkat Persekutuan, kami berjaya bergerak ke hadapan melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” kata Hajiji yang merupakan pengerusi GRS.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Gagasan Rakyat Tamparuli di Dewan Tun Hamdan, di sini pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata fokus utama Gagasan Rakyat yang dipimpinnya ialah pembangunan Sabah.

“Kami (Gagasan Rakyat) tidak bersaing dengan rakan kongsi kami dalam (GRS). Gagasan Rakyat tidak ditubuhkan untuk bermain politik tetapi kami fokus kepada aspek pembangunan negeri,” katanya.

Advertisement
Oleh itu, Hajiji berkata adalah mustahak Gagasan Rakyat menjalinkan kerjasama padu dengan semua komponen GRS di semua 73 bahagiannya.

Beliau berkata perpaduan yang kukuh adalah penting bagi membolehkan GRS terus menerajui Kerajaan Negeri.

Advertisement
Beliau berkata Gagasan Rakyat baru berusia tujuh bulan tetapi beliau gembira melihat kematangan pemimpin dan ahlinya.

Hajiji turut memuji Tamparuli Gagasan Rakyat di bawah pimpinan Datuk Alijus Sipil, yang kini mempunyai 68 cawangan dan kira-kira 2,000 ahli.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here