Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan Pusat serius tangani tuntutan rakyat Sabah: Wanita Upko
Published on: Monday, October 09, 2023
Published on: Mon, Oct 09, 2023
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Kerajaan Pusat serius tangani tuntutan rakyat Sabah: Wanita Upko
Mohina (duduk, lima dari kanan) bergambar bersama ahli jawatankuasa bahagian dan peserta kursus.
TONGOD: Janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu mengembalikan semula hak rakyat Sabah membuktikan bahawa Kerajaan Pusat serius dalam menangani tuntutan rakyat negeri ini. 

Ketua Wanita Upko, Mohina Sidom, berkata ia termasuk dengan cadangan untuk membentangkan usul bagi meletakkan dua wakil dari Sabah dan Sarawak sebagai ahli lembaga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

Advertisement
Jelasnya, langkah itu membolehkan segala maklumat mengenai hasil bersih yang dikutip dari Sabah setiap tahun dapat diketahui rakyat Sabah. 

“Oleh itu, semua khabar mengenai tindakan wakil rakyat PH di Sabah yang menarik semula saman pemula itu seperti yang disebarkan di media sosial adalah tidak benar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita sudah melihat ketelusan kerajaan pusat hari ini dalam membantu menangani isu mengenai tuntutan rakyat Sabah. Kalau dulu tiada siapa tahu hasil yang dikutip dari Sabah, tapi apabila langkah ini diambil, kita semua akan dapat maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Roti/ Bun Zon Entilibon di Kampung Simpang Entilibon, di sini, Sabtu lepas.

Advertisement
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Bahagian Upko Kinabatangan, Alsa Sunsing.

Kursus anjuran Pergerakan Wanita Upko Kinabatangan itu disertai 28 wanita. 

Advertisement
Mengenai kursus itu, Mohina berkata, ia adalah usaha Upko Bahagian untuk menyediakan asas kepada wanita menjadi usahawan kecil-kecilan, sekali gus menjana pendapatan keluarga.

Katanya, pelbagai agensi di bawah kerajaan termasuk menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyediakan dana kepada wanita untuk mengembangkan perniagaan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun).

“Apabila saya ke Semenanjung, saya lihat ramai usahawan wanita yang sudah mendapat manfaat daripada agensi ini. Daerah kita dikenali termiskin di Malaysia, jadi inilah cara wanita boleh keluar dari kepompong kemiskinan.

“Ini cara kita. Biarpun Upkoadalah parti politik, tapi ia progresif yang bermaksud bukan mahu berpolitik sahaja, tapi dalam masa yang sama, kita tumpu kepada khidmat masyarakat,” katanya.

Pada majlis itu, Mohina yang juga Ketua Bahagian Upko Kinabatangan turut menyerahkan watikah pelantikan kepada enam ketua cawangan yang baharu dilantik di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Entilibon.

PDM Entilibon adalah antara yang memiliki paling ramai pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut dengan setakat ini Upko mempunyai 11 cawangan di kawasan itu.

Mohina turut memberi peringatan kepada ketua cawangan di kawasan itu agar menjalankan tugas dengan penuh integriti sekali gus memberi imej yang baik kepada parti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here