Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
KDN akan keluar arahan pentadbiran baharu isu kalimah Allah
Published on: Monday, October 09, 2023
Published on: Mon, Oct 09, 2023
By: FMT, Mohd Farhan Darwis
Text Size:
Text:
KDN akan keluar arahan pentadbiran baharu isu kalimah Allah
Saifuddin Nasution Ismail berkata arahan pentadbiran itu boleh diguna pakai selepas mendapat input daripada mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan berlangsung 25 hingga 27 Okt ini.
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan arahan pentadbiran baharu berkaitan isu penggunaan kalimah Allah selepas hasil libat urus bersama pihak berpentingan dibawa menghadap Majlis Raja-Raja, kata menteri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata, arahan pentadbiran itu boleh diguna pakai selepas mendapat input daripada mesyuarat tersebut yang akan berlangsung bermula 25 hingga 27 Okt ini.

Advertisement
“Perkara berkaitan agama Islam, raja adalah pihak berautoriti, kena bentang di sana, apa-apa input di sana, jika ada pandangan tambahan, akan dihantar balik semula ke KDN untuk diteliti dan akan jadi panduan untuk merangka arahan pentadbiran, gunanya bertujuan mengurus hal seperti ini.

“Kalau (berlaku) hal berkaitan bagaimana selesaikannya. MRR adalah pihak berkuasa agama tertinggi agama dalam negara,” katanya dalam sidang media di pejabat KDN.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, sesi libat urus itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Tinggi 10 Mac 2021 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman wanita beragama Kristian dikenali Jill Ireland yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Libat urus itu katanya bermula dengan pertemuan KDN bersama kumpulan cendekiawan Islam, diikuti ahli akademik, aktivis perundangan sivil dan syariah.

Advertisement
“Diikuti badan pengurusan syariah dan terakhir yang berlangsung hari ini bersama badan keharmonian antara agama. Agendanya ialah membantu KDN ke arah mewujudkan arahan pentadbiran baharu, ekoran keputusan Mahkamah Tinggi, membabitkan Jill Ireland, amalan sebelum ini tak boleh diguna pakai lagi.

“KDN sebagai agensi kawal selia pelbagai agensi di lapangan dan dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu dengan sendirinya menjadikan arahan pentadbiran lama berkait penerbitan dan bahan agama lain, menjadikan ianya perlu kita selesaikan

Advertisement
“Ianya adalah ke arah mewujudkan arahan pentadbiran baharu bagi kita dapatkan input kumpulan sasaran yang disebutkan,” kata Saifuddin lagi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here