Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
SPRM bongkar penipuan pembekalan beras RM100 juta
Published on: Monday, October 09, 2023
Published on: Mon, Oct 09, 2023
By: FMT
Text Size:
Text:
SPRM bongkar penipuan pembekalan beras RM100 juta
SPRM berkata tindakan syarikat itu menyebabkan kepincangan dan penjualan beras.
PETALING JAYA:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan kegiatan penipuan sebuah syarikat pembekalan beras di Kedah yang mendapat kontrak membekalkan makanan ruji itu bernilai RM100 juta.

Kegiatan berkenaan menyebabkan kepincangan pengedaran dan penjualan bahan makan ruji negara itu.

Advertisement
Sumber berkata pihak itu telah mendapat kontrak pembekalan beras daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri bernilai lebih RM100 juta setahun kira-kira tujuh tahun lalu bagi pembekalan beras di Semenanjung Malaysia.

Jelas sumber, berdasarkan kontrak itu, syarikat terbabit telah membuat pinjaman bank kira-kira RM30 juta sebagai pembiayaan projek tersebut beberapa tahun lalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pengarah syarikat tersebut telah berpakat dengan seorang ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan negeri tersebut untuk mengesahkan pembelian dan penghantaran sebanyak 28,000 tan beras setahun bernilai lebih RM100 juta namun pembekalan tersebut tidak dibuat.

“Syarikat itu dikatakan telah pun menerima amaun kira-kira RM30 juta itu menerusi beberapa transaksi,” katanya.

Advertisement
Katanya, suspek terbabit juga dikatakan telah mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran matan palsu kepada pihak bank untuk proses permohonan pembiayaan pinjaman.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here