Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
KPDN siasat dakwaan beras palsu di Sandakan
Published on: Tuesday, October 10, 2023
Published on: Tue, Oct 10, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
KPDN siasat dakwaan beras palsu di Sandakan
Armizan berkata penyiasatan telah dilakukan serta-merta oleh KPDN Cawangan Sandakan di bawah Seksyen 5, Akta Perihal Dagangan 2011. Tular di media sosial baru-baru ini sebuah video seorang individu mendakwa beras yang dijual di sebuah premis di daerah Sandakan adalah beras palsu yang mempunyai bahan plastik (gambar kanan)
Kota Kinabalu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan beras palsu di Sandakan baru-baru ini.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata penyiasatan telah dilakukan serta-merta oleh KPDN Cawangan Sandakan di bawah Seksyen 5, Akta Perihal Dagangan 2011.

Advertisement
“Lawatan telah dilakukan di premis terlibat, manakala maklumat tambahan juga sedang diperoleh daripada pengadu yang telah memviralkan video tersebut selain menyemak invois daripada peruncit dan juga pembekal.

“Namun pada peringkat ini kita perlu meneliti kesahihan dakwaan itu dan mendapatkan bukti-bukti berkaitan,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) menyampaikan watikah pelantikan kepada 114 pegawai teknikal lantikan kontrak melibatkan Jurutera Gred J41, Penolong Jurutera Gred JA29 dan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 di Sabah.

Tular di media sosial baru-baru ini sebuah video seorang individu mendakwa beras yang dijual di sebuah premis di daerah Sandakan adalah beras palsu yang mempunyai bahan plastik.

Advertisement
Sementara itu, Armizan berkata pegawai teknikal terbabit akan ditempatkan di 38 pejabat daerah di seluruh negeri, dengan seorang jurutera dan dua penolong jurutera atau juruukur bahan ditempatkan di setiap pejabat daerah.

Katanya pelantikan itu susulan resolusi Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat 2023 anjuran ICU JPM pada 16 hingga 17 Jun di Merbok, Kedah, yang antara lain menyatakan keperluan memperkukuhkan unit teknikal pejabat daerah bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian pelaksanaan projek kecil Persekutuan di peringkat daerah.

Advertisement
“Program rintis ini akan dilaksanakan melalui pelantikan kontrak selama tiga tahun yang sekali gus memberikan peluang dan pengalaman kerja untuk para belia tempatan yang berkelayakan dalam bidang teknikal kejuruteraan awam, ukur bahan dan elektrik,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here