Kota Kinabalu: Penggunaan teknologi digital amat penting dan perlu dititikberatkan dalam meningkatkan akauntabiliti dan integriti dalam kalangan penjawat awam khususnya dalam pengurusan perolehan.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Datuk James Ratib berkata dalam soal tadbir urus yang baik, penerapan teknologi baharu pastinya akan membawa kesan positif terutama dari aspek ketelusan kepada sesebuah organisasi.
“Kerajaan Negeri telah meningkatkan pelbagai usaha membanteras rasuah dan memastikan perkhidmatan awam sentiasa dianggotai oleh penjawat awam yang berintegriti.
“Salah satu contoh ialah mewujudkan Dashboard mengenai tahap perkhidmatan di Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) untuk makluman umum.
Advertisement





