TAWAU: Seorang suspek pengedar dadah warga asing ditahan bersama 3.09kg syabu bernilai RM180,000 beserta peralatan membungkus dadah dalam serbuan sebuah rumah di Kg Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas sekitar jam 1 petang, pada Isnin (9 Oktober).
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, berkata lelaki itu, 42, dipercayai hendak membuat pembungkusan paket-paket kecil dadah tersebut sebelum dijual di pasaran tempatan.
"Ketika serbuan dilakukan, suspek seorang diri di rumah dan belum sempat membuat pembungkusan (paket kecil) serta turut cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap," katanya dalam sidang media di IPD Tawau pada Rabu.