Kota Kinabalu: Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) menyalahkan dasar, undang-undang dan peraturan kerajaan yang sudah lapuk sebagai antara punca menyebabkan kemiskinan, pengangguran dan kos sara hidup yang tinggi di Sabah.
Presiden Anak Negeri Datuk Henrynus Amin berkata, pelaksanaan dasar yang tidak cekap, lemah dan amalan rasuah juga adalah punca kepada masalah itu yang turut menjejaskan komuniti perniagaan di negeri ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor baru-baru ini bahawa perunding profesional seperti juruukur tanah harus membantu mengurangkan kos tinggi industri pembinaan dan bangunan di negeri ini.
“Kerajaan negeri perlu merombak semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang tiada prestasi. Kerajaan juga perlu merombak semua dasar, undang-undang dan peraturan kerajaan yang sudah lapuk atau rosak sehingga menyumbang kepada kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.
Advertisement





