Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bakar al-Quran, penganggur dihukum penjara 6 bulan
Published on: Wednesday, October 11, 2023
Published on: Wed, Oct 11, 2023
By: FMT
Text Size:
Text:
Bakar al-Quran, penganggur dihukum penjara 6 bulan
Mohd Ridzuan Mohd Kamal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tuduhan membakar al-Quran dan sejadah milik sebuah masjid di Kuala Nerus, Terengganu. (Gambar fail)
PETALING JAYA: Seorang penganggur dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu selepas mengaku bersalah membakar al-Quran dan dan sejadah milik sebuah masjid di Kuala Nerus, Terengganu.

Mohd Ridzuan Mohd Kamal, 33, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Nooriah Osman, lapor Sinar Harian.

Advertisement
Menurut pertuduhan, Ridzuan didakwa membakar empat nashkah al-Quran dan tiga helai sejadah yang diambil di masjid berkenaan.

Dia dakwa melakukan perbuatan itu di tepi sebuah pusat hemodialisis di Kuala Nerus kira-kira jam 10.50 pagi pada 12 Jun lalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ridzuan didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Najmi Adila.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here