Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Galakkan generasi muda pelajari budaya etnik, bertutur bahasa ibunda: KM
Published on: Thursday, October 12, 2023
Published on: Thu, Oct 12, 2023
Text Size:
Text:
Galakkan generasi muda pelajari budaya etnik, bertutur bahasa ibunda: KM
JUHAR (depan, kedua dari kanan) ditemani Norlidah semasa upacara memotong kek, sambil diperhatikan yang lain.
Kota Kinabalu: Persatuan etnik di Sabah diseru menggalakkan generasi muda mempelajari adat budaya masing-masing, selain tahu bertutur dalam bahasa ibunda.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, identiti kaum etnik negeri ini akan hilang sekiranya warisan bahasa dan budaya tidak dipertahankan.

Advertisement
“Sejajar dengan itu, saya menyeru semua pemimpin etnik di negeri ini agar bersama-sama kerajaan memastikan warisan budaya terus dipelihara untuk kita dan generasi akan datang.

“Dalam kita rancak membangunkan negeri ini, kita tidak mengabaikan kepentingan adat dan kepelbagaian budaya kerana ia adalah aspek penting kehidupan melambangkan identiti sesuatu bangsa untuk terus dipelihara serta dimartabatkan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Usaha tersebut bukan saja untuk memastikan identiti kaum tidak terhakis oleh kemodenan dan teknologi tetapi juga mampu menyumbang kepada pembangunan negeri khususnya dalam aspek pelancongan,” katanya semasa berucap di Perayaan Hari Etnik Sabah 3.0 di sini, pada Selasa.

Hajiji juga memaklumkan, dalam usaha memperkasakan khazanah budaya, kerajaan negeri menganjurkan beberapa program berkaitan, antaranya Museum And Cultural Festival 2023 bagi memperkenalkan dan mempromosi kreativiti etnik. 

Advertisement
Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II,  Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-70 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, pelancaran Album Lagu Rakyat Etnik Sabah merupakan penghargaan khas kepada persatuan yang memberi sumbangan dalam memulihara warisan tradisi lisan dalam bentuk lagu-lagu rakyat yang telah direkodkan pada tahun lepas.

Advertisement
Pada majlis bertemakan “Martabatkan Budaya Etnik Sabah” tersebut, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni menyampaikan sijil penghargaan kepada 16 pertubuhan dan persatuan etnik yang telah menjayakan rakaman lagu rakyat.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Kadzim M Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here