Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sabah alami gangguan bekalan elektrik tertinggi: Jangan lagi kesampingkan keperluan tenaga negeri: Madius
Published on: Thursday, October 12, 2023
Published on: Thu, Oct 12, 2023
By: Jozie John
Text Size:
Text:
Sabah alami gangguan bekalan elektrik tertinggi: Jangan lagi kesampingkan keperluan tenaga negeri: Madius
Madius berhujah bahawa untuk memastikan kestabilan bekalan elektrik, perkara utama yang perlu ditangani adalah sumber tenaga baseload yang stabil dan konsisten.
Kota Kinabalu: Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik tertinggi di negara ini, kata Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

“Rakyat Sabah berbangga menjadi satu-satunya wilayah di Malaysia yang tidak menggunakan arang batu untuk menjana elektrik.

Advertisement
“Tetapi Sabah juga merupakan satu-satunya wilayah yang masih mengalami penumpahan beban atau catuan elektrik, dan indeks purata gangguan sistem (SAIDI) atau gangguan bekalan elektrik tertinggi di negara ini, iaitu kira-kira 300/pengguna/tahun berbanding dengan indeks lebih rendah di Lembah Klang yang berada di bawah 50/pengguna/tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasannya untuk Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023, di Dewan Rakyat, Putrajaya, Selasa lalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Madius yang juga Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berkata keputusan masa lalu untuk membatalkan cadangan pembinaan stesen jana kuasa arang batu di Lahad Datu dengan kapasiti 300MW, berikutan tentangan daripada pelbagai kumpulan serta isu pemilikan, menyebabkan Sabah terlepas peluang menggunakan arang batu untuk menjana elektrik walaupun mempunyai banyak sumber arang batu.

“SESB yang merupakan satu-satunya syarikat utiliti milik penuh kerajaan telah pun menjalankan kajian terhadap stesen jana kuasa arang batu ini, dan bersedia untuk melaksanakan dan memiliki penjanaan itu dengan sepenuhnya.

Advertisement
“Bagaimanapun, cadangan untuk membina stesen jana kuasa arang batu dengan kapasiti 300 MW itu dibatalkan.

Pada masa itu, Sabah terlepas peluang untuk menggunakan arang batu untuk menjana elektrik, sedangkan sehingga hari ini 40 peratus penjanaan tenaga di semenanjung dan sekitar 20 peratus di Sarawak datang daripada arang batu,” katanya.

Advertisement
Madius berhujah bahawa untuk memastikan kestabilan bekalan elektrik, perkara utama yang perlu ditangani adalah sumber tenaga baseload yang stabil dan konsisten.

“Untuk menghasilkan baseload yang stabil, ia memerlukan penjanaan tenaga menggunakan gas, arang batu, hidro atau nuklear.

“Tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar yang menjadi semakin popular sekarang belum dapat digunakan sebagai penjana baseload. Ini kerana ia memerlukan bateri yang terlalu mahal.

“Oleh itu, Tuaran ingin bertanya, apakah dasar kerajaan mengenai penggunaan Reaktor Modular Kecil (SMR)? Adakah ini alternatif berdaya maju dan dibenarkan?” katanya.

Madius dalam ucapannya juga menyatakan bahawa Kerajaan Sabah akan menguruskan kawal selia bekalan elektriknya tahun depan.

“Langkah ini sangat mencabar bagi Sabah dan tentu saja memerlukan sokongan daripada semua pihak, terutama kerajaan persekutuan,” sambil berharap supaya keperluan tenaga negeri tidak lagi dikesampingkan.

Beliau turut menimbulkan persoalan berkaitan projek-projek Paip Transgas dari Kota Kinabalu ke Sandakan dan Grid Southern Link.

Rang Undang-Undang itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Datuk Seri Huang Tiong Sii untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat, Putrajaya, pada Isnin (9 September).

Madius berkata masanya tepat untuk membentangkan Rang Undang-Undang itu dan berharap Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang akan menyokong rang undang-undang tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here