SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing berjaya ditangkap dalam tempoh 48 jam selepas disyaki melakukan jenayah samun dan rogol terhadap seorang wanita berusia 20an di daerah Sandakan.
Polis berkata suspek yang mempunyai kes jenayah lampau tersebut ditangkap pada 29 September oleh sepasukan polis bersama dengan barangan samun milik mangsa.
Suspek berusia lingkungan 30an yang juga positif dadah jenis methamphetamine turut menyamun sebuah komputer riba milik mangsa dalam kejadian yang berlaku pada 27 September.