Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
MYAirline Gantung Operasi Berkuat Kuasa Hari Ini Sehingga Diberitahu Kelak
Published on: Thursday, October 12, 2023
Published on: Thu, Oct 12, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
MYAirline Gantung Operasi Berkuat Kuasa Hari Ini Sehingga Diberitahu Kelak
Namun begitu, MYAirline berkata ia akan terus komited untuk membantu mereka yang terjejas menghadapi situasi tersebut dan menasihati penumpang yang terkesan supaya tidak pergi ke lapangan terbang dan mencari pengaturan perjalanan alternatif ke destinasi mereka.
Kuala Lumpur: MYAirline Sdn Bhd menggantung operasinya berkuat kuasa hari ini sehingga diberitahu kelak berikutan tekanan kewangan yang ketara.

Dalam satu kenyataan awal pagi ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata keputusan itu diambil berikutan tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan dan permodalan semula pemegang saham syarikat penerbangan itu.

Advertisement
“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi kami.

“Kami telah berusaha tanpa jemu untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini. Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” kata lembaga pengarahnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Namun begitu, MYAirline berkata ia akan terus komited untuk membantu mereka yang terjejas menghadapi situasi tersebut dan menasihati penumpang yang terkesan supaya tidak pergi ke lapangan terbang dan mencari pengaturan perjalanan alternatif ke destinasi mereka.

“Sila hubungi kami di customercare@myairline.my, dan pasukan sokongan kami akan sedia untuk memberikan bantuan mereka,” katanya.

Advertisement
MYAirline juga berkata lembaga pengarah, pemegang saham dan MYAirline akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyambung semula operasi secepat mungkin tetapi pada peringkat ini, syarikat penerbangan itu tidak dapat memberi komitmen pada sebarang garis masa.

“Kami sekali lagi memohon maaf yang tidak terhingga atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul daripada penggantungan ini dan akan melakukan yang terbaik untuk menyediakan sebarang makluman yang tersedia,” tambahnya.

Advertisement
Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata MYAirline perlu menjelaskan sebarang isu yang dihadapi kepada kementerian berkenaan menerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sebelum agensi itu menyediakan sebarang bantuan.

Terdahulu, media tempatan melaporkan syarikat penerbangan tambang rendah itu dipercayai akan menerima pelabur baharu yang berpotensi iaitu anak Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari berikutan masalah kewangan yang melanda MYAirline.

Ini berlaku selepas Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Rayner Teo meletak jawatan minggu lepas atas sebab kesihatan
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here