Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Polis tahan warga asing disyaki lakukan jenayah samun, rogol
Published on: Friday, October 13, 2023
Published on: Fri, Oct 13, 2023
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
 Polis tahan warga asing disyaki lakukan jenayah samun, rogol
Abdul Fuad menunjukkan komputer riba yang dirampas dalam kes samun dan rogol itu.
SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing ditangkap dalam tempoh 48 jam selepas disyaki melakukan jenayah samun dan rogol terhadap seorang wanita berusia 20-an di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, suspek yang mempunyai kes jenayah lampau itu ditangkap pada 29 September oleh sepasukan polis bersama dengan barangan milik mangsa samun. 

Advertisement
“Suspek berusia lingkungan 30an yang positif dadah jenis Methamphetamine turut menyamun sebuah komputer riba milik mangsa dalam kejadian yang berlaku pada 27 September.

“Selain itu, polis juga merampas sebilah pisau yang digunakan oleh suspek semasa kejadian samun dan rogol itu,” katanya ketika sidang media di Balai Polis di sini, Khamis. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Suspek dituduh di Mahkamah Seksyen pada Khamis, melakukan lima kesalahan iaitu di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata, Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas polis, Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 Akta Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1985. 

Sementara itu, Abdul Fuad juga memberitahu polis turut berjaya menumpaskan dua kumpulan yang terlibat dalam kegiatan jenayah pecah rumah, pecah kedai dan restoran serta mencuri kenderaan di sekitar daerah ini.

Advertisement
Dengan tertumpasnya Geng Sultan dan Geng Kancil itu, polis percaya mereka telah menyelesaikan 37 kes jenayah serta merampas 20 unit barangan seperti gelang emas, telefon bimbit, televisyen, speaker, tong gas, tabung derma dan kunci kenderaan. 

Jumlah keseluruhan kerugian bagi 37 kes jenayah dianggarkan bernilai RM59,000 manakala harta rampasan dianggarkan bernilai RM20,000. 

Advertisement
“Geng Sultan dan Geng Kancil terdiri daripada enam lelaki iaitu dua warga tempatan dan empat warga asing berumur dalam lingkungan 28 tahun hingga 32 tahun. 

“Kesemua enam lelaki ini turut positif dadah jenis Methamphetamin,” tambahnya.

Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan telah menyelesaikan 376 kes daripada 436 kes jenayah yang  berlaku di daerah ini bagi tempoh 1 Januari 2923 hingga 11 Oktober 2023. 

Abdul Fuad berkata, kejayaan tangkapan ini adalah hasil kerjasama yang diberikan oleh orang awam kepada pihak polis dengan memberikan maklumat yang betul sehingga tertangkapnya suspek-suspek yang terlibat. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here