PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengesahkan kerajaan tidak menarik balik atau membatalkan konsesi Padiberas Nasional Bhd (Bernas) yang telah dipersetujui selama 10 tahun bermula 11 Jan 2021 hingga 10 Jan 2031.
Dalam kenyataan satu kenyataan menafikan dakwaan penarikan balik lesen beras Bernas yang tular di aplikasi WhatsApp pada Khamis, KPKM memaklumkan aduan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.