Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Masalah air: Jabatan pantau bekalan di Inanam, Menggatal & Sembulan
Published on: Friday, October 13, 2023
Published on: Fri, Oct 13, 2023
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Masalah air: Jabatan pantau bekalan  di Inanam, Menggatal & Sembulan
PEMANDU lori tangki air agensi itu membantu seorang pemilik rumah di Taman Bakti Ikhlas untuk mengisi bekas kosongnya.
JABATAN Air sedang memantau bekalan ke kawasan kejiranan di Inanam, Manggatal dan Sembulan, berikutan maklum balas mengenai paip kering di lokasi tersebut.

Pengguna di dua jalan perumahan di Ujana Kingfisher tidak menerima bekalan air selama empat hari pada awal minggu ini, manakala penduduk masing-masing di Taman Bakti Ikhlas dan D’ Banyan Residency mengeluh tentang bekalan tidak menentu yang mereka alami sejak sekian lama.

Advertisement
Jurucakap jabatan berkata masalah pada panel kawalan di rumah pam Taman Kingfisher menjadi adalah punca gangguan air di Lorong Ujana 12 dan 13.

TEKANAN air di kawasan D’Banyan didapati boleh diterima selepas juruteknik Jabatan Air mengosongkan saluran paip agihan utama.

Katanya, kerosakan itu dikesan apabila kakitangan agensi itu memeriksa mekanisme di dalamnya, sejurus dihubungi media.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Juruteknik kami mendapati salah satu ‘pemula’ tidak berfungsi dan menggantikannya di tempat kejadian, sebelum menetapkan semula panel kawalan,” katanya.

“Komponen ini berkemungkinan rosak akibat pusuan kuasa dan menyebabkan pam utama itu terpelantik.”

Advertisement
Selepas membaik pulih pam itu, katanya, mereka kemudiannya membuang sendat udara yang terbentuk di dalam paip agihan utama yang disambungkan ke Ujana Kingfisher.

“Pengguna terjejas mendapat semula bekalan mereka secara berperingkat apabila tekanan mencukupi terkumpul di dalam paip yang disambungkan ke rumah mereka.”

Advertisement
Jurucakap itu berkata kakitangan jabatan akan meningkatkan pemeriksaan mereka ke rumah pam ini sebagai usaha meminimumkan kesulitan dihadapi oleh mereka yang tinggal di kejiranan itu.

Dia menjelaskan pepasangan itu menempatkan satu lagi pam sebagai peranti ganti.

“Mereka diminta agar lebih peka khususnya mengenai sebarang gangguan elektrik yang mungkin berlaku di sekitar kawasan Taman Kingfisher, sekiranya pam utama tidak dapat kembali berfungsi secara automatik dan perlu diaktifkan semula secara manual.”

Ketika ditanya berapa kerap peralatan di dalamnya diselenggara, katanya, ini dilakukan mengikut jadual ditetapkan.

“Pam diperiksa dua atau tiga bulan sekali. Penyelenggaraan berkala ini melibatkan usaha memastikan panel kawalan, termasuk penderia automatik, berfungsi seperti yang sepatutnya.

“Komponen untuk pam juga digris apabila perlu.”

PEMANDU lori tangki air agensi itu membantu seorang pemilik rumah di Taman Bakti Ikhlas untuk mengisi bekas kosongnya.

Dalam kes di Taman Bakti Ikhlas, jurucakap itu berkata jabatan telah menghantar air terawat ke kawasan perumahan berkenaan beberapa kali, ketika agensi itu tidak dapat mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab yang mencuri bekalan daripada pengguna bermeternya di sana.

“Kami melakukan operasi pemotongan secara berkala bagi membendung kecurian air yang berlaku di kawasan itu,” katanya.

“Kakitangan kami telah mengeluarkan paip yang dipasang secara haram pada paip agihan utama kami, namun mendapati paip baharu dipasang semula secara haram beberapa hari kemudian.”

Katanya, mana-mana pihak yang membuat ‘penyambungan paip secara haram ke saluran awam atau paip utama lain yang disambungkan ke premis lain’ boleh dianggap melanggar Enakmen Bekalan Air 2003.

“Pesalah berisiko perlu membayar denda sebanyak RM100,000, menjalani hukuman penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.”

Dalam kes di mana kesalahan itu dilakukan oleh badan korporat, dia berkata pengurusan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.

Katanya, kakitangan agensi itu masih berusaha untuk menangkap pelakunya, jadi buat masa ini, lori tangki air miliknya dikerahkan ke Taman Bakti Iklhas dan beberapa kawasan sekitar.

“Ini membolehkan pengguna terjejas mengisi baldi dan bekas kosong dan kemudian membawa air ini kembali ke premis mereka.

“Kebanyakan penduduk ini tidak mempunyai tangki atas tanah sendiri. Mereka yang mempunyai tangki ini pula meletakkannya di kawasan belakang rumah mereka yang mana sukar untuk dicapai oleh lori tangki air kami.”

Hos dari kenderaan itu tidak cukup panjang untuk sampai ke bahagian belakang premis penduduk, menurutnya.

“Kami sedang berbincang dengan pentadbiran atasan kami tentang cara terbaik untuk membantu pelanggan berdaftar di bahagian Sepanggar ini.”

Sementara itu, paras air yang turun naik di dalam takungan Jabatan Air di Kepayan menyebabkan bekalan tidak menentu di Residensi D’ Banyan di Sembulan.

Jurucakap itu berkata takungan R2Bnya di Bukit Pewira boleh menampung sehingga 500 juta liter air terawat.

“Kami mendapati tekanan bekalan di kebanyakan saluran paip agihan utama masih lemah, walaupun takungan sudah separuh penuh,” katanya.

“Ini terutamanya pada waktu puncak, apabila kedai dan pejabat dibuka, dengan kekuatan air paip hanya bertambah baik pada waktu malam atau larut malam.”

Katanya, situasi itu tidak dapat dielakkan ekoran pertambahan jumlah pengguna agensi itu di kawasan Kota Kinabalu.

“Kami sudah berusaha untuk memenuhi permintaan tinggi daripada pelbagai hartanah komersial dan kediaman di sekitar Bandaraya.

“Juruteknik kami datang ke kawasan D’Banyan hampir setiap hari untuk mengeluarkan sendat udara di dalam paip agihan.”

Mereka memeriksa tekanan bekalan, selepas dihubungi media baru-baru ini, menurutnya.

“Pada masa itu, kekuatan tekanan air dalam saluran paip didapati boleh diterima.” 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here