Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Nelayan berdepan pertuduhan serang lelaki, rosakkan harta benda
Published on: Friday, October 13, 2023
Published on: Fri, Oct 13, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Nelayan berdepan pertuduhan serang lelaki, rosakkan harta benda
Pertuduhan pertama didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan manakala pertuduhan kedua di bawah Seksyen 427 Kanun sama.
Kota Kinabalu: Seorang nelayan dihadapkan ke mahkamah pada Khamis atas dua pertuduhan menyerang seorang lelaki dan merosakkan harta benda, minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Dedey Lamyah, 34, yang tampil di hadapan Pendaftar Mahkamah Rita Kunsoi selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Advertisement
Dedey didakwa secara sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Jairul Sahar Bensali pukul 8.30 pagi, 8 Okt lepas di padang Sukma B, Jalan Wisma Wanita, Likas.

Bagi pertuduhan kedua, Dedey didakwa melakukan khianat dengan melanggar tiang khemah milik penganjur Liga Bola Sepak N5 dan menyebabkan kerugian RM357 di tempat dan masa sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan pertama didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan manakala pertuduhan kedua di bawah Seksyen 427 Kanun sama.

Inspektor Kelvan Elson Maik, yang melakukan pendakwaan, menawarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 beserta dua orang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Advertisement
Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence, yang mewakili Dedey memohon ikat jamin lebih rendah kerana tertuduh sudah berkahwin dengan empat anak

Mahkamah menetapkan 16 Okt untuk Dedey tampil di hadapan Majistret dan membebaskannya dengan ikat jamin RM2,000 dengan dua orang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Advertisement
Dalam kes berasingan, seorang penjual durian didakwa melakukan pecah amanah jenayah.

Kevin G. Doudilim, 31, didakwa menjual sebuah motosikal Honda, yang diamanahkan oleh pemiliknya, jam 7 pagi pada 28 Ogos, 2022 di Kibabaig di Penampang.

Tiada pengakuan diambil daripada Kevin selepas pertuduhan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan dibacakan kepadanya.

Pendakwaan menawarkan ikat jamin RM4,000.

Peguam dilantik Lim, yang mewakili tertuduh memohon bon jaminan lebih rendah dengan mengatakan dia merupakan pencari nafkah tunggal kepada tiga ahli keluarganya.

Rita menetapkan 16 Okt untuk pengakuan Kevin diambil di hadapan Majistret dan dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan dua penjamin.

Di mahkamah sama, seorang penganggur berdepan pertuduhan sementara mengedar 50.17g syabu.

Julhari Allus didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tanah lapang di tepi jalan Jalan Sepanggar, Manggatal pukul 12.50 tengah hari, 4 Okt.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Julhari.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 15 sebatan.

Pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin kerana ia merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Mahkamah menetapkan 21 Nov untuk sebutan semula sementara menunggu laporan ahli kimia dan memerintahkan tertuduh, yang tidak diwakili, direman lanjut.

Sementara itu, kami merujuk kepada laporan kami pada 12 Okt di bawah tajuk “Dua beradik dari S’wak didakwa edar dadah”.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Luke Ressa Balang dan Hairul V. Othman, dan bukan seperti yang dilaporkan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here