Kota Kinabalu: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) komited membantu Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah untuk mewujudkan rantaian industri padi yang lengkap dalam usaha meningkatkan pengeluaran padi di negeri ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) LPP, Nik Mohd Shaharil Nik Md Hashim, berkata usaha itu sejajar usaha merealisasikan cadangan untuk menjadikan Sabah sebagai jelapang padi yang kedua negara.
Katanya, rantaian industri padi yang lengkap merangkumi proses penyediaan benih padi, pembajakan, penanaman, pembajaan, penuaian dan pengilangan padi.
"Konsep kita, benih kita sediakan, tanam padi kita yang tanam, manakala membajak dan penuaian padi juga menggunakan jentera PPN," kata beliau menurut kenyataan media.