Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih mula operasi di Sabah bulan depan
Published on: Saturday, October 14, 2023
Published on: Sat, Oct 14, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih mula operasi di Sabah bulan depan
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pembukaan sekolah berkenaan merupakan satu daripada komitmen KPM untuk meningkatkan akses pendidikan kepada kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang. - pix Bernama
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperluas operasi Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di Kota Kinabalu, Sabah, bulan depan bagi menyediakan akses pendidikan kepada kanak-kanak jalanan dan tanpa dokumen di situ.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pembukaan sekolah berkenaan merupakan satu daripada komitmen KPM untuk meningkatkan akses pendidikan kepada kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang.

Advertisement
“Perjuangan dan advokasi untuk meningkatkan akses pendidikan dilakukan oleh KPM secara berterusan dan komuniti memainkan peranan penting untuk menjayakan usaha ini,” katanya ketika berucap pada Pesta Hari Kanak-Kanak Perempuan Sedunia 2023 di sini pada Jumaat.

SBJK yang pertama beroperasi di Chow Kit, di sini pada 2013, dengan menerima murid daripada peringkat prasekolah hingga menengah melibatkan kanak-kanak menghadapi masalah sosial, kanak-kanak tanpa dokumen, murid tercicir dan kanak-kanak yatim piatu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Fadhlina berkata KPM juga bercadang untuk meluaskan akses sekolah dalam hospital (SDH) yang diwujudkan bagi kanak-kanak menerima rawatan kepada murid yang menemani ibu bapa di hospital bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Beliau berkata pada masa ini terdapat 17 SDH di seluruh negara.

Advertisement
Berkaitan masalah remaja yang bekerja seawal usia 15 tahun dan isu perkahwinan kanak-kanak, Fadhlina berkata dasar pendidikan wajib sekolah menengah yang dirangka KPM kini di peringkat akhir.

Baru-baru ini Dewan Rakyat diberitahu bahawa faktor sudah bekerja dan berkahwin dikenal pasti antara punca murid berhenti daripada bersekolah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here