Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Mekanik didakwa edar 50g syabu
Published on: Saturday, October 14, 2023
Published on: Sat, Oct 14, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Mekanik didakwa edar 50g syabu
Kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu, membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang mekanik didakwa secara tentatif di mahkamah di sini Jumaat atas pertuduhan mengedar 50.53gm syabu.

Chia Hao Yie, 29, yang dibawa ke hadapan Pendaftar Mahkamah Rita Kunsoi, didakwa melakukan kesalahan itu pada 12.05 pagi 1 Okt tahun ini di sebuah unit di Fasa 3, Beverly Hills, Penampang.

Advertisement
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan untuk Chia.

Kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu, membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pihak pendakwaan dalam memohon tarikh sebutan membantah ikat jamin kerana pertuduhan itu tidak mempunyai peruntukan untuk jaminan.

Mahkamah menetapkan 20 Nov untuk sebutan semula dan memerintahkan Chia ditahan reman lanjut.

Advertisement
Chia juga didakwa memiliki dan mengambil dadah seperti yang didakwa mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya.

Tiada pengakuan direkodkan daripadanya.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 13 Okt untuk sebutan semula sementara menunggu laporan ahli kimia, dan memerintahkan tertuduh direman lanjut.

Sementara itu, sembilan orang berusia antara 20 hingga 50 tahun didakwa mengambil dadah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada mereka selepas pertuduhan masing-masing dibacakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya.

Setiap pertuduhan memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan antara 13 Nov dan 22 Nov untuk kes mereka sementara menunggu laporan ahli kimia.

Rita melepaskan lima daripada mereka masing-masing dengan ikat jamin RM1,500 dengan dua penjamin manakala empat lagi, yang tidak mempunyai dokumen, diperintah reman lanjut.

Pendakwaan dijalankan oleh Inspektor Albert Basiri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here