Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
'Akaun fleksibel KWSP bantu tambah simpanan persaraan'
Published on: Saturday, October 14, 2023
Published on: Sat, Oct 14, 2023
By: FMT, Anne Muhammad
Text Size:
Text:
'Akaun fleksibel KWSP bantu tambah simpanan persaraan'
Kerajaan akan memperkenalkan akaun fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa dan menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi.
PETALING JAYA: Pengenalan akaun fleksibel atau akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam dilihat mampu menambah simpanan persaraan ahli, kata ahli ekonomi.

Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak, berkata kelebihan menyimpan wang menerusi akaun 3 KWSP akan memberi pulangan lumayan kepada ahli berdasarkan dividen yang lebih tinggi berbanding institusi perbankan lain.

Advertisement
“Ini satu yang bagus kerana KWSP mempunyai mempunyai rekod mengurus pelaburan yang sangat baik sejak lebih 60 tahun.

“KWSP memberikan pulangan yang jauh lebih tinggi daripada bank. Purata (dividen KWSP) adalah 6% dan bank beri dividen tak sampai 2%,” katanya kepada FMT.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, pengenalan akaun tersebut itu juga akan memupuk disiplin ahli untuk menabung setiap bulan, disamping tidak menjejaskan akaun 1 dan 2 sedia ada untuk simpanan hari tua.

“Individu akan tentukan sendiri simpanan, kalau dia rasa dia mampu, dia akan simpan lebih banyak sebab tak ada risiko dan tak ada sekatan.

Advertisement
“Katakanlah di hujung bulan banyak duit, simpanlah lebih sikit. Kalau hujung bulan terdesak boleh keluarkan balik. Cuma kalau dia keluarkan kurang dari sebulan mungkin dia tak dapat pulangan (dividen),” katanya.

Barjoyai mengulas pengumuman perdana menteri berhubung penstrukturan semula akaun ahli KWSP bagi memperkasa simpanan persaraan.

Advertisement
Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia, Ahmed Razman Abdul Latiff pula menyambut baik langkah itu kerana ia membolehkan ahli mengeluarkan simpanan ketika kecemasan atau keperluan tertentu.

“Kalau kita lihat simpanan KWSP sekarang jika ada pengeluaran yang mahu dibuat, ia harus disebabkan oleh tujuan yang khusus seperti pendidikan, perumahan, haji dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanapun Razman berkata kemungkinan kadar pengeluaran akaun 3 terhad kepada jumlah tertentu berdasarkan tujuan simpanan KWSP adalah untuk persaraan di hari tua.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here