Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Polis Tawau tahan suspek kes pecah rumah 
Published on: Sunday, October 15, 2023
Published on: Sun, Oct 15, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Polis Tawau tahan suspek kes pecah rumah 
TAWAU: Seorang lelaki disyaki terlibat kes pecah rumah di sekitar daerah ini, ditahan polis yang melakukan ronda cegah jenayah (RCJ) sekitar jam 4 petang, Rabu lepas.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, polis turut merampas peralatan pecah rumah daripada suspek warga tempatan berusia 26 tahun itu.

Advertisement
Menurutnya, suspek ditahan di perkarangan Balai Polis Tawau dan siasatan awal mendapati lelaki itu mengaku secara lisan terlibat dengan kes pecah rumah yang sedang disiasat.

“Beg galas milik suspek yang dirampas didapati mengandungi beberapa barang dipercayai digunakan untuk melakukan pecah rumah, termasuk pemutar skru, gergaji besi, gunting, mata pancing dan seutas tali plastik,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jasmin berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 kanun keseksaan.

Polis juga, katanya, sedang mengesan rakan sejenayah suspek yang tinggal di sekitar bandar Tawau.

Advertisement
Dalam RCJ di kawasan bandar pula, polis turut menahan seorang lelaki, 48, yang memandu kereta jenis Perodua Rusa dalam keadaan mencurigakan di bulatan Masjid Al-Khautar sekitar jam 3.50 pagi, Khamis.

“Hasil pemeriksaan tubuh badan ke atas suspek, polis menemui satu paket plastik lutsinar kecil mengandungi hablur jernih disyaki dadah jenis Syabu.

Advertisement
“Suspek itu kemudiannya dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut dan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya.

Jasmin berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah dengan menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) atau melalui Balai Polis berhampiran atau email kepada polistawau@gmail.com.  

Katanya, setiap maklumat yang disalurkan adalah rahsia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here