Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Advertisement
Advertisement
LESTER percaya ini adalah masa yang tepat buat stesen itu mengadakan Borneo Matsuri selepas hampir lima tahun menganjurkan konsert.
Rina Hime
Lester berkata, barisan tetamu jemputan bukan sahaja datang daripada latar belakang muzik, tetapi juga dari sudut cosplay yang bakal memberikan satu kelainan. “Rina Hime dan Amelia Khor merupakan antara penghibur yang sering kali diundang dalam penganjuran festival atau konvensyen berkaitan ACG di Kuala Lumpur, khususnya. “Rina yang cukup dikenali sebagai ‘queen of performance’ pula sudah pun menjelajah hampir ke seluruh Malaysia, dan baru-baru ini dia turut membuat persembahan di Singapura,” katanya. Dalam pada itu, Lester juga percaya ini adalah masa yang tepat buat stesen itu mengadakan Borneo Matsuri selepas hampir lima tahun menganjurkan konsert. “Sejak bertahun-tahun Kupikupi FM dalam industri, tidak dinafikan jenama kami cukup sinonim dengan konsert. “Tetapi selepas lebih dua tahun kita dilanda pandemik Covid-19, kami melihat pasaran sudah berubah, begitu juga dengan komuniti kami sudah beralih daripada sekadar penonton konsert. “Saya secara peribadi dan juga pasukan dalam Kupikupi FM merasakan sudah tiba masanya untuk meneroka suasana baharu dan bukan hanya konsert hiburan semata-mata. “Jika kami ingin terus bertahan lama dalam industri, saya percaya kami perlu melakukan kelainan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi, selain perlu mengikuti perkembangan semasa. “Tetapi ini tidak bermakna kami tidak akan mengadakan konsert lagi selepas ini, cuma kami ingin berehat sebentar daripada menganjurkannya. “Selain itu, dengan begitu banyak konsert di Sabah sejak kebelakangan ini, saya percaya kami mengambil langkah yang tepat untuk menganjurkan festival seumpama ini,” katanya lagi. Sementara itu, katanya, dengan semangat untuk ‘mengembalikan’ kepada komuniti, Borneo Matsuri turut mempelawa warga rumah anak yatim tempatan ke festival berkenaan. “Kami percaya kepada ‘kuasa’ hiburan yang menghadirkan kegembiraan selain ‘memahat’ satu kenangan manis buat anak-anak yatim yang menyertai Borneo Matsuri. “Dengan menjemput mereka, kami berhasrat untuk menyediakan satu pengalaman baharu dan hiburan kepada mereka, besar harapan kami agar dapat menceriakan anak-anak ini, di samping memberi inspirasi kepada mereka,” katanya. Borneo Matsuri dijangka menarik kehadiran peminat dari seluruh rantau ini, termasuk peminat anime, cosplayer, peminat muzik dan individu yang ingin tahu yang ingin serta menerokai dunia ACG. “Pengunjung pastinya boleh menjangkakan satu pengalaman yang benar-benar baharu, di samping berpeluang beramah mesra dengan peminat yang ‘sekepala’ serta menemui aspek baharu yang menarik dalam ACG. “Festival ini juga menawarkan peluang baik untuk perniagaan di mana penaja tempatan boleh mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka kepada orang ramai,” katanya lagi. Untuk maklumat terkini, layari media sosial rasmi festival @borneomatsuri.





