Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
MAIWP peruntuk RM60.1 juta untuk asnaf di Labuan tahun ini
Published on: Sunday, October 15, 2023
Published on: Sun, Oct 15, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
MAIWP peruntuk RM60.1 juta untuk asnaf di Labuan tahun ini
Gambar sekadar ilustrasi.
LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM60.1 juta bagi pelbagai program untuk membantu golongan miskin dan memerlukan atau asnaf di Labuan tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naím Mokhtar berkata peruntukan itu membuktikan kesungguhan MAIWP dalam membantu mereka yang memerlukan, meningkatkan taraf kehidupan dan tindakan proaktif badan itu dalam menangani cabaran komuniti.

Advertisement
"Saya mahu MAIWP terus komited untuk melibatkan diri dengan asnaf secara langsung. Pendekatan ini juga bukan sahaja membolehkan kita memahami kesusahan mereka, tetapi juga berkongsi dasar dan pelbagai skim bantuan MAIWP dengan berkesan," katanya.

Bercakap kepada pemberita pada program Kembara Kasih Asnaf 2023 di Dewan Homestay Kampung Sungai Labu di sini hari ini, Mohd Na'im berkata MAIWP Labuan telah mengagihkan sebanyak RM47.7 juta setakat September lepas

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata antara kejayaan inisiatif MAIWP ialah Program Perumahan Asnaf di Ganggarak Permai melibatkan peruntukan RM33.83 juta untuk 140 rumah dan program keusahawanan termasuk penanaman cendawan yang telah meningkatkan taraf hidup asnaf.

"Pelan strategik MAIWP 2021-2025 termasuk memperluas inisiatif Pertanian Bandar bertujuan melibatkan golongan asnaf dalam pertanian hidroponik, fertigasi dan amalan pertanian yang lain," katanya.

Advertisement
Mohd Na'im berkata inisiatif lain ialah projek pembinaan Sekolah Menengah Agama di Kampung Sungai Bedaun bernilai RM53.8 juta yang menempatkan 600 pelajar dan program Food Truck untuk kumpulan B40 dengan pembiayaan RM1.2 juta.

"Usaha ini menekankan pengurusan dana zakat yang berkesan, memastikan kemajuan sosioekonomi asnaf secara holistik," katanya.

Advertisement
Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan termasuk RM183,900 bagi pembelian kerusi laser dan mesin laser YAG untuk Hospital Labuan, bantuan keusahawanan asnaf berjumlah RM800,000, kerusi roda bernilai RM4,450, program transformasi kemahiran dan ekonomi untuk B40 sebanyak RM166,000 dan Program Kembara Kasih Asnaf berjumlah RM1,216,350.

Beliau berkata usaha berterusan MAIWP mencerminkan komitmennya untuk menaik taraf kehidupan masyarakat kurang bernasib baik di Labuan dan peranannya dalam meningkatkan status sosioekonomi asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sementara itu, Mohd Na'im turut menyertai Program Kembara Kasih Asnaf di sekitar perairan Labuan dan menyampaikan bantuan bakul makanan bernilai RM100 kepada 20 nelayan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here