Thu, 2 Jul 2026
Headlines:
Dazaizy raih ranking nombor satu negara
Published on: Monday, October 16, 2023
Published on: Mon, Oct 16, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Dazaizy raih ranking nombor satu negara
DAZAIZY menunjukkan tali pinggangnya bersama Muhammadin (kiri) dan Presiden Persatuan Muaythai Malaysia, Dato Shannaz Azmi.
Kota Kinabalu: Atlet muda muaythai Sabah, Dazaizy Hafiy Dazree kini menduduki ranking nombor satu negara dalam kategori 34kg lelaki (11-12 tahun). 

Pelajar SK Merpati berusia 11 tahun dari Sandakan itu mula mencuri tumpuan pada 2022 apabila meraih pingat emas dalam kategori 27kg pada Kejohanan Dunia Persekutuan Antarabangsa Persatuan Muaythai (IFMA) Kuala Lumpur 2022.

Advertisement
Dia dinobatkan sebagai juara National Inter Club Kuala Lumpur awal tahun ini dan merupakan satu-satunya atlet Sabah yang disenaraikan untuk Kejohanan Muaythai Pro Junior dan Senior Kebangsaan (ranking) yang berlangsung di PutraJaya pada Sabtu lalu.

Dia mempamerkan aksi penuh bersemangat untuk menewaskan Mohd Munir dari Johor 28-27 pada perlawanan akhir untuk merangkul kejuaraan, menyusuli kemenangannya ke atas petinju Perak Muhd Haikal Faiz pada pusingan awal dan Muhammad Iffat Hamdani juga dari Perak dengan ‘technical knockout’ pada pusingan kedua.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Presiden Persatuan Muaythai Sabah Hj Nazri Abd Razak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad berkata mereka amat gembira dengan pencapaian anak muda itu.

“Kami amat berbangga dengannya. Walaupun beratnya hanya 30kg, dia mempamerkan kesungguhan untuk mengatasi lawan yang lebih berat tiga hingga empat kilo daripadanya untuk merebut ranking nombor satu.

Advertisement
“Ia satu lagi pencapaian hebat daripadanya dan saya percaya dia akan menjadi ikon sukan pada masa depan untuk Sabah. 

“Saya berharap kejayaan beliau akan mendorong orang lain untuk mencuba dan mencapai kejayaan yang sama dan membantu memajukan lagi sukan itu di negeri ini,” katanya.

Advertisement
Dazaizy yang dibimbing Muhammadin Janudin merupakan atlet negeri kedua meraih status nombor satu negara selepas kejayaan juara Sukma 2018 Nurul Tasha Amira (45kg) yang menduduki ranking teratas pada 2019.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here