Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Seni silat perlu diketengah secara serius di Sabah
Published on: Monday, October 16, 2023
Published on: Mon, Oct 16, 2023
Text Size:
Text:
Seni silat perlu diketengah secara serius di Sabah
Hajiji berkata, kerajaan negeri menerusi Kementerian Belia dan Sukan negeri amat menggalakkan penyertaan anak muda dalam aktiviti riadah dan kesukanan termasuk seni silat. - FOTO Bernama untuk ilustrasi sahaja
PUTATAN: Seni silat perlu diketengahkan secara serius oleh persatuan-persatuan seni silat di negeri ini supaya popularitinya setanding dengan seni mempertahankan diri yang lain, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Beliau berkata, ini termasuklah untuk menarik minat generasi muda supaya meminati seni silat sebagai ilmu mempertahankan diri selain mengekalkan warisan pusaka bangsa itu secara turun temurun.

Advertisement
“Aktiviti persilatan di Sabah tidaklah serancak atau sehebat di Semenanjung kerana di negeri ini seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwando lebih mendominasi masyarakat di Sabah.

“Fenomena ini harus diambil perhatian oleh persatuan-persatuan seni silat dan badanbadan bukan Kerajaan yang lain, terutama persatuan-persatuan kebudayaan, agar menyelitkan aktiviti persilatan di dalam program yang dianjurkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya menggalakkan anak-anak muda menceburi apa juga bidang berkaitan  kesukanan, khususnya seni silat. Ia bukan hanya dapat mengisi masa lapang tetapi juga dapat menjauhkan diri daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak berfaedah dan paling penting sebagai benteng yang dapat mempertahankan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Program Sabah International Silat Festival 2023 (SISF2023) di Dewan Sri Putatan, di sini pada Ahad.

Advertisement
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Dalam pada itu, festival silat antarabangsa ini juga tepat pada masanya, selain pengunjung berpeluang melihat pelbagai seni silat tetapi juga festival ini mampu mempromosikan negeri Sabah di mata dunia, sekali gus menarik pelancong berkunjung ke negeri ini.

Advertisement
Justeru, beliau mengesyorkan agar penganjur mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, negeri termasuk agensinya untuk memasukkan Festival Silat ini ke dalam kalender sebagai satu lagi tarikan kepada pelancong. 

“Saya percaya menerusi festival seperti ini, ia boleh menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negeri berkunjung ke Sabah. Sebenarnya seni silat bukan hanya terdapat atau dikenali di negara kita atau di Nusantara, tetapi juga mula terkenal di negara-negara luar.

“Ramai individu asing, termasuk mereka yang berasal dari negara Barat, datang ke Malaysia dan ke Indonesia, semata-mata untuk mendalami ilmu persilatan.  Ini menunjukkan bahawa seni silat adalah setanding dengan seni mempertahankan diri yang lain,” katanya.

Hajiji berkata, kerajaan negeri menerusi Kementerian Belia dan Sukan negeri amat menggalakkan penyertaan anak muda dalam aktiviti riadah dan kesukanan termasuk seni silat.

“Saya berharap festival seperti ini dapat mencungkil bakat muda dalam seni silat di negeri ini, yang boleh diketengahkan untuk mengharumi nama negeri dan negara. Pada masa akan datang,” katanya. 

Festival Silat Antarabangsa Sabah itu dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah, selaku penganjur utama dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah; Pejabat Perutusan BIMP-EAGA Sabah dan Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Sabah (PSS Pesaka Sabah). 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here